WARKAH CINTA ILAHI
“Assalamualaikum, Hakim.”
“Boleh ana cakap dengan enta sekejap tak?.” “Waalaikummussalam, Ada apa?.” “Sorry ,ana bussy la!.” “Sekejap je.” “Ana ada hal penting untuk di bincang dengan
enta.” “Ala,next time ,tak boleh ke?.” “Ana betul-betul bussy la” “Hakim,inikah
yang enta maksudkan bussy?.” “Bussy
dengan permainan game yang langsung tidak ada faedah itu?.”
“Eh! Enta apa hal hah!.”
“Ini kat Universiti!.” “Bukannya Maahad!.”
“Enta tak payah sibuklah dengan urusan ana!.”
“Astagfirallah,Hakim.” “Takkiralah
di manapun kita berada.” “Jangan pernah
kita terkesan dengan suasana.” “Biar suasana itu yang terkesan dengan kita.” “Enta
sebelum ni,bukannya tidak tahu.” “Kita sama-sama menimba ilmu di Maahad Tahfiz
Sains.” “Jaga akhlak enta wahai saudaraku.” “Jangan enta sia-siakan Al-Quran
yang ada di dalam diri enta itu.” “Cubalah
untuk belajar berakhlak baik dari inti pati ajaran al-Quran yang jelas terwahyu
dari Allah untuk kita jadikan pedoman.” “Hakim,Al-Quran itu amat mudah untuk di
hafal ,dan agak senang untuk kita lupa.” “Jika enta tidak ulang dan
mengamalkan apa yang enta dah dalami selama ini.” “Enta akan tersasar tanpa
tujuan hidup yang betul seperti sekarang ini.” “Eh Enta ni tak puas hati apa
dengan ana.?” “Cuba bagitahu dengan ana sekarang!.” “Astagfirallahalazim,Hakim.”
“Cubalah enta istigfar banyak-banyak.” “Ana
tak pernah ada fikiran buruk pada enta sepanjang kita bersahabat.” “Ana
cuma risau memikirkan keadaan enta sekarang.” “Dulu,enta selalu turun ke surau.”
“Namun ,sejak enta pindah blok di aras
atas.” “Ana lihat,enta dah mula jarang turun ke surau.” “Malah,kawan-kawan enta
juga mula bertukar orang.” “Enta tidak lagi bergaul dengan sahabat-sahabat yang
sentiasa menjaga keutuhan akhlak islamiyah sebagai seorang remaja muslim yang
beriman kepada Allah.”
“Enta siapa nak jaga
tepi kain ana hah.?” “Enta rasa,enta dah cukup alim la dapat selalu turun ke surau.?”
“Ana ni jahil kan,nak buat macammana?.” “Astagfirallah,Hakim tidak ada istilah menjaga
tepi kain dalam sebuah perhubungan persaudaraan di antara saudara seislamnya
dengan saudaranya.”
“Dalam surah al-asr,
Allah Subahanahuwataala ada mengatakan: "Demi masa,sesungguhnya manusia
dalam kerugian,Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta
saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
“Kita ini bukan orang
lain,Hakim.” “Kita adalah saudara yang sangat dekat.” “Cubit paha kanan,paha
kiri akan terasa.” “Nabi juga pernah berkata: "Kita ini ibarat
bangunan,saling kukuh mengukuhi di antara satu sama lain."
“Betapa dekatnya
perhubungan kita itu.” “Tak sempurna iman ana,jika ana tidak kasih pada enta
seperti mana ana kasih akan diri ana.” “Ini bukan kata ana,kata-kata itu
datangnya dari sabda Rasulullah S.a.w sendiri yang ana petik dari pembacaan
hadis sahih Bukhari dan Muslim.”
“Hakim,kerana Allah ana
tidak pernah bersangka buruk pada enta atau ingin bersikap alim di hadapan enta.”
“Ana lakukan semua ini,kerana ana merasakan enta adalah tanggungjawab ana untuk
ana ambil tahu.” “Hakim,fikir-fikirkanlah apa yang ana cakapkan tadi.” “Kadang-kadang
,dalam hidup ini,kita harus lebih banyak muhasabah diri untuk kebaikan
diri kita juga.” “Wallahualam.” “Ana minta diri dulu Assalamualaikum.” “Amir
Mukriz!.” “Tunggu dulu!.” “Sebelum enta pergi dari bilik ana.” “Ana ada satu
perkara ingin bagitahu enta.” “Ya,apa
dia?.” “Cakaplah,ana sedia mendengarnya.” “First ,terima kasih sudi datang ke
bilik ana untuk beri ceramah pada ana.” “Walaupun,secara tidak langsungnya,ana
tidak menjemputpun enta untuk datang kemari.” “Kedua,dalam bab hidup ana,tak
perlulah enta nak bussy body.” “Takkiralah,atas
alasan apapun yang enta kemukakan.” “This is my life ok!.” “So, jangan nak
pandai-pandai jaga tepi kain ana!.” “Ana
tak suka!.” “Harap sangat,enta faham.”
‘Adoi,pening betul
kepala aku hari ni. Result down lagi! Matilah aku kali ni. Nak jawab apa dengan
Abah dan Ummi.’
‘Tut..tut..tut.. Hanset
ku mula berdering. Panggilan dari Wardina kembali memanggil.’ “Hello,Hakim,awak
ada kat mana sekarang.” “Jom kita keluar
café.” “Sorrylah Wardina.” “Saya takda mood lah hari ni.” “Kenapa
pula ni Hakim?.” “Entahlah,saya stress sangat hari ni.” “Result exam saya kali
ni agak teruk sangat.” “Saya tengah risau fikirkan untuk jawab apa dengan
Ummi dan abah saya.”
“Awak bersabarlah ya.” “Next
time kan awak boleh perbaiki dengan lebih baik lagi.”
“Ye ,saya tahu.” “Tapi,
Abah dengan Ummi saya pasti akan marahkan saya juga kerana gagal untuk buat
yang terbaik kali ni.” “Dah la semester lepas pun saya gagal!.” “Kali inipun saya masih lagi ulangi situasi
yang sama.” “Saya bukan apa,risaulah
juga takut kena Extend.” “Kalaulah mereka tahu saya lebih banyak main-main dari
study.” “Sudah tentu saya akan kena marah teruk.”
“Dah la sedih-sedih.” “Saya
kan ada,boleh tenangkan awak.” “Jom lah kita keluar hilangkan tension awak tu.”
“Awak tak faham ke?.” “Saya cakap ,saya betul-betul takda mood hari ni!.” “Cubalah
faham sikit!” “Sampai hati awak marah
saya macamtu.” “Salah ke saya nak hiburkan hati awak?.” “Salah,tu takdalah
salah.” “Saya cuma bagitahu awak nak bersendiri.” “Takkan itupun awak tak faham lagi!.” “Ke nak
kena saya ulang banyak kali,baru awak nak faham?.” “Ok ,fine.” “Ikut suka hati
awak lah nak layan perasaan sendiri awak tu.” “Saya cuma nak tenangkan perasaan
awak je.” “Kalau itu pun tak boleh,dah takda gunanya lagi kita teruskan
perhubungan kita ini.” “Awak minta putus ye!.” “Ok ,fine. bye!.” Talian dari
Wardina terus di matikan.
“Hakim,jom main
futsal.” Sorrylah Fadhil,aku takda mood la hari ni.” “Lar..kenapa pulak?.” “Sorry lah ,kepala aku
ni tengah serabut sikit!.”
“Wei,rileks r!.” “Watpelah
nak tension-tension ni.” “Macamlah ada masalah negara.” “Jomlah join lawan
futsal ngan aku!.”
“Sorry r Fadhil.” “Aku
betul-betul tak boleh la.” “Ke ,kau gaduh dengan Wardina ni?.” “Hei,pasal aku
dengan awek aku hang tak payah duk sibuk!.”
“Ala aku tanya
je,itupun nak marah!.” “Blah lah wei!.”
‘Kenapalah semua orang
susah nak faham.’ ‘Sakit hati betul aku hari ni.’ ‘Dah la result exam fill
lagi.’ ‘Terpaksa pula hadapi
bermacam-macam karenah mereka yang tak faham.’ ‘Apalah malang sungguh nasib aku
hari ni.’ ‘Apakah kegagalannya dalam exam adalah penghukuman dari Allah?.’
Hakim ILyas mula di buru rasa takut .
Wajah Amir Mukriz
kembali terbayang . ‘Amir,enta kat mana sekarang?.’ Hakim ILyas tiba-tiba
terkenang Amir Mukriz yang menjadi sahabatnya sejak dari alam persekolahan
lagi.
Kata-kata nasihat dari
Amir Mukriz terus begema di sesawang minda Hakim ILyas takkkala itu. Setiap
kata-kata yang di lontarkan teman satu Universiti dengannya itu ada
kebenaranya. Dirinya kini telah jauh berubah berbanding dulu. Dulu dia
begitu menjaga solat lima waktu di surau. Namun ,sejak menjejakkan kaki ke alam
Universiti. Sikapnya kini telah jauh berubah. Kerana terikut dengan budaya
kampus yang terlalu bersosial itu. Budak berlatar belakang agama sepertinya
boleh terasa di cabar bila di katakan ketinggalan kerana tidak mengikuti
perkembangan semasa. Lantaran terkesan oleh kata-kata yang langsung tidak
membina dari mereka yang jahil itu. Akhirnya Hakim ILyas mulai tewas. Hanyut
dengan dunia couple dan bercampur dengan teman-teman yang langsung tidak ada
asas kefahaman agama. Akhirnya hidupnya yang dulu pernah bersinar dengan cara
hidup islam kini mula pudar dengan budaya hidup mereka yang tidak mengamalkan
agama dalam kehidupan.
‘YA-Allah,betapa
jauhnya aku tersasar dari-MU selama ini.’ Jerit hati kecil Hakim ILyas kembali
di selubungi oleh seribu satu penyesalan yang hadir bersilih di lubuk
hatinya kini.
‘Ya-Allah,apakah
hamba-MU yang hina ini masih wujud di sisi-MU?.’ ‘Setelah apa yang telah aku
lakukan semalam ini.’
‘Ampunilah segala
kealpaan yang aku tidak sedar selama ini jauh tersasar dari landasan jalan-MU.’
‘Ampunilah aku ya-ALLAH. Rintih Hakim
ILyas kembali merasa sungguh luluh dan hiba.’
Bunyi ketukan pintu
dari luar kembali menyedarkan Hakim ILyas dari mengelamun. Hati dan fikiran
Hakim ILyas benar-benar berharap insan yang muncul di muka pintu biliknya itu
adalah insan bernama Amir Mukriz.
Namun,andaian yang
difikirkan oleh akalnya bukan Amir Mukriz yang muncul. Wajah Abu Bakar pula
yang tiba-tiba muncul di muka pintu.
“Assalamualaikum Hakim.”
“Maafkan ana kerana menggangu enta.” “Takpe Bakar.” “Enta tak menganggu
ana pun.” Ucap Hakim ILyas dengan rasa bersalah kerana sikap alpanya selama ini
telah mewujudkan jurang diantara sahabat-sahabatnya. “Ada apa enta
datang kemari.” “InsyaAllah,mana tahu boleh ana bantu ?.” Ucap Hakim ILyas
dengan penuh mengharapkan keampunan Allah.
“Ana datang
untuk sampaikan surat dari Amir buat enta.” “Surat?.” “Surat apa?.” “Enta baca
sendirilah nanti yea!.” “Maaf,boleh ana tahu Amir Mukriz ada di mana sekarang?.”
“Amir dah takda di Malaysia.” “Maksud enta apa,Bakar?.” “Amir pergi kemana?.” “Amir
baru selamat berangkat ke Madinah semalam.” “Kenapa enta tak beritahu
ana.” “Maafkan ana.” “Bukankah enta sendiri yang minta supaya tidak menganggu
enta lagi?” “Jadi ,Amir tunaikan permintaan enta itu.”
“Ya-Allah,semuanya
salah ana.” Keluh Hakim ILyas dengan linangan air mata. “Sudahlah,Hakim.” “Enta
tak usahlah bersedih hati.” “Cuba enta hayati satu firman Allah:
“KATAKANLAH (wahai Muhammad): “wahai hamba-hamba-KU yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah,kerana sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun ,lagi Maha Mengasihani.”
(Al-Zumar:53)
“Enta
berubahlah untuk menjadi insan yang lebih baik bermula saat ini.” “Jangan
biarkan kesilapan yang sama berulang lagi.” “InsyaAllah,jika ada rezeki enta
pasti akan dipertemukan Allah dengan Amir Mukriz lagi.” “Tabahkan hatimu ya
akhi.” “Jangan lupa,bacalah warkah dari Amir Mukriz ini.” “Mudah-mudahan dengan
kiriman warkah ini akan mengurangkan rasa bersalah enta pada Amir.”
“Terima kasih Bakar.” “Walaupun,selama
ini ana banyak berbuat silap pada enta.” “Namun ,enta masih melayan ana dengan
layanan yang begitu baik.” “Ana malu pada enta.” “Usahlah berkata begitu wahai
saudaraku.” “Tak perlulah enta nak merasa malu pada ana.” “Letakkanlah
rasa malu enta itu hanya kepada Allah.”
“Ana kenal enta kerana Allah.” “Hanya DIA jua yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati ana.” “Ana bukan hanya ingin kenal enta setakat didunia.” “Bahkan,ana mengharapkan silaturahim kita ini mampu mencapai jaringan sampai ke syurga!.”
“Jadi ,tiada hairannya kenapa ada penyair puitis mengungkapkan kata-kata: Bersahabat biarlah sampai ke syurga."
“Seorang sahabat yang
baik itu akan menarik sahabatnya bersama-sama untuk ke syurga.” “Ana tidak
ingin sahabat ana terkapai-kapai sendirian tanpa landasan hidup yang betul.” “Hanya
itulah tujuan hidup ana berukhuwah dengan enta.” “Jazakallah wahai saudaraku.” “Hanya
Allah jua yang mampu membalas segala kebaikanmu terhadapku.” Ucap Hakim ILyas
dengan penuh rasa terharu.
SURAT DARI : AMIR
MUKRIZ.
Assalamualaikum.
Kehadapan saudaraku Hakim ILyas. Di saat enta menerima warkah ini. Ana sudah
tidak ada di bumi Malaysia. Kerana mengejar cita-cita ana untuk melanjutkan
pengajian di bumi Madinah. Alhamdulilah,surat tawaran yang ana tunggu selama
ini kini telah terjawab. Ana bersyukur kepada Allah kerana diberi rezeki
untuk meneruskan perjuangan bagi menimba ilmu di university Madinah. Doakan ana
di sana.
Ana ingin mohon maaf
kerana tidak berlaku baik sepanjang berukhuwah dengan enta. Semoga puisi yang
ana karang ini menjadi hadiah terindah buat kita bersama.
Akhir kata,sambutlah
salam perpisahan dari ana untuk seketika. Semoga Allah akan menghubungkan kita
kembali dalam rahmat tautan kasih-NYa. InsyaAllah,amin.
WARKAH CINTA ILAHI
Tanpa aku sedar
Engkau tiada henti
menjagaiku
Bermula dari alam aku
masih kecil
Sehingga aku mulai
dewasa
Engkau jualah yang
mengajarkan aku
Tentang sebuah erti
kehidupan
Engkau tiada henti
memenuhi
Setiap keperluan dan
keinginanku
Setiap apa yang aku
perlukan
Tidak pernah Engkau
tolak
Walaupun untuk sesaat!
Samaada lambat ataupun
cepat
Engkau pasti akan
memberi!
Memberi dan terus
memberi
Sehingga aku akhirnya
terlupa
Lupa untuk mensyukuri
nikmat-MU!
Kelihatan angkuhnya aku
saat itu!
Terus hanyut dengan
permainan duniawi
Terus lemah dengan
bisikan nafsu
Terus terjerat dengan
pujuk rayu IBLIS!
Yang akhirnya terus
-terusan membutakan hati!
Sikapku itu,
"tak ubah seperti
kacang yang lupakan kulit!"
Namun
Engkau tidak pernah
meninggalkanku
Walaupun sejauh mana
aku telah melupakan-MU
Walau segunung manapun
besarnya dosaku
Engkau tetap hadir
memberi aku peluang dan ruang!
Dengan janji seluas rahmat
dan keampunan!
Peluang itu sentiasa
ada terbuka untukku!
Saat aku mulai tersedar
dari kejahilan
Allahuakbar!
Betapa agungnya
cinta-MU untukku!
Malam itu,Hakim ILyas
tidak dapat melelapkan matanya. Warkah tulisan Amir Mukriz benar-benar
membuatkan hatinya insaf.Rasa takut pada Allah datang bersilih. Takut sekiranya
Allah tidak mengampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan sebelum ini.Tiada lagi
ketenangan di nikmati. Setelah kesedaran yang baru tiba itu. Benar-benar telah
membunuh seluruh rasa kenikmatan yang ada pada dunia hidupnya sebelum
ini.
Dengan langkah yang
penuh mengharapkan redha Allah. Hakim Ilyas kembali mengatur langkahnya ke
surau.
Alhamdulilah,hatinya
kembali terasa lapang. Di saat kakinya menyentuh sejadah. Hilang segala
keresahan yang membelenggu tadi.
Malam itu , dia ingin
meluahkan segala-galanya kepada-NYA. Biarlah bicara hatinya itu terlangsung
tanpa dilihat oleh sesiapapun. Kecuali hanya berdua dengan-DIA!.
NUR FIRDAUS@ MUJAHID IMAN SYAHADAH
SWEET MEMORIES
UPM SERDANG.
SMOGA CERPEN MINGGU INI LEBIH MEMBUKA BAKAT ANA UNTUK TERUS BELAJAR BERKARYA DENGAN LEBIH BAIK KERANA ALLAH. MOHON DOA DARI SEMUA(NUR FIRDAUS@MUJAHID IMAN SYAHADAH).
ReplyDelete