Tuesday 21 March 2017

KAN KU GAPAI PELANGI INDAH 2

Suara kicauan beburung yang berterbangan riang diudara. Begitu menyenangkan hati Yuhanis

yang sedang tekun menjadi pemerhati. Dibendang yang menghijau dengan pemandangan yang

begitu memukau pandangan. Membuatkan Yuhanis merasa begitu bersyukur dapat  menjalani

kehidupan di sebuah kampung yang damai.

Tinggal tidak beberapa hari lagi, dia bakal meninggalkan kesemua insan yang disayanginya.Berbagai

perkara yang difikirkannya.

Insan yang terasa begitu berat untuk dia berpisah adalah Ibu tercinta yang begitu dicintainya

kerana Allah.

Sejak kepergian arwah ayahnya. Ibunya yang begitu banyak berkorban keringat untuk mengatur

kehidupannya dengan adik-adik. Bagaimanakah nanti keadaan adik-adiknya. Jika dia sudah

tiada dirumah.

Apakah mereka akan mendengar cakap ibu.


"Assalamualaikum Yuhanis. Sapa Wardah kembali mengejutkan temanya itu dari lamunan.

Saturday 25 May 2013



CINTA SUCI KERANA YA ILAHI

Cinta yang suci akan datang dengan cara yang tidak di sangka
Cinta itulah yang membawa puluhan hasanah
Cinta yang jauh lebih di berkati
Cinta yang tidak di cemari oleh nafsu serakah
Cinta yang tidak hanya mengikut kemahuan
Cinta yang terputik dari keinginan hati yang tulus
Cinta yang inginkan sebuah keredhaan
Cinta yang penuh dengan  kesabaran
Cinta inilah cinta abadi yang akan terus utuh
Mewarisi pintu jannah yang akan di berkati.

Mujahid iman syahadah@nur firdaus.
 

Tuesday 7 May 2013




WAJAH SEORANG PEMIMPIN!

Melihat dari penjuru mata seorang rakyat
Aku tidak nampak pemimpin yang di pilih itu
Punya kriteria seorang yang pemimpim yang bertaqwa!
Malah,segala taktik kotor terus menjadi permainan mereka
Hinggakan agama ku yang suci ini di perlekeh
Diperdagangkan demi hanya kerana sebuah kepentingan!
Demi kerana gilakan kuasa yang keterlaluan
Ya-Allah

Benarlah sabda junjungan mulia
Golongan yang seperti haman dan firauan
Telah mula menjelmakan belangnnya
Kenapa banyak insan masih lagi belum sedar
Terus memilih pemimpin yang konon berlagak alim itu
Di mana keimanan kita kepada Allah dan rasulullah?
Bukankah baginda pernah bersabda:
"harus muliakan orang-orang alim"
golongan seumpama inilah yang selayaknya menjadi pemimpin
Dan bukannya pelakon-pelakon hebat yang memutar belitkan agama
Semata-mata demi kepentingan hawa nafsu mereka semata
Tidakkah kita masih lagi belum celik mata hati?
fikir-fikirkanlah..
Suara ini ,tiada niat untuk menimbulkan perpecahan
Bahkan ,tidak pernah terlintas untuk memutuskan silaturahim
kerana ,ketahuilah:
Kita semua adalah bersaudara
Islam mengajarkan kita untuk bersatu
Bukan jalan perpecahan yang perlu di rempuh
Berfikirlah dengan cara yang waras
Tiada guna hidup saling menghentam
Gunalah cara hidup dalam musyawarah
Barulah Islam akan muncul unggul!

WALLAHUALAM.
nur firdaus@mujahid iman syahadah.

Wednesday 24 April 2013



WARKAH CINTA ILAHI

“Assalamualaikum, Hakim.” “Boleh ana cakap dengan enta sekejap tak?.”  “Waalaikummussalam, Ada apa?.”  “Sorry ,ana bussy la!.”  “Sekejap je.”  “Ana ada hal penting untuk di bincang dengan enta.”  “Ala,next time ,tak boleh ke?.” “Ana betul-betul bussy la” “Hakim,inikah yang enta maksudkan bussy?.”  “Bussy dengan permainan game yang langsung tidak ada faedah itu?.”
“Eh! Enta apa hal hah!.”  “Ini kat Universiti!.” “Bukannya Maahad!.” “Enta tak payah sibuklah  dengan urusan ana!.” 
“Astagfirallah,Hakim.” “Takkiralah di manapun kita berada.”  “Jangan pernah kita terkesan dengan suasana.” “Biar suasana itu yang terkesan dengan kita.” “Enta sebelum ni,bukannya tidak tahu.” “Kita sama-sama menimba ilmu di Maahad Tahfiz Sains.” “Jaga akhlak enta wahai saudaraku.” “Jangan enta sia-siakan Al-Quran yang ada di dalam diri enta itu.”  “Cubalah untuk belajar berakhlak baik dari inti pati ajaran al-Quran yang jelas terwahyu dari Allah untuk kita jadikan pedoman.” “Hakim,Al-Quran itu amat mudah untuk di hafal ,dan agak senang  untuk kita lupa.” “Jika enta tidak ulang dan mengamalkan apa yang enta dah dalami selama ini.” “Enta akan tersasar tanpa tujuan hidup yang betul seperti sekarang ini.” “Eh Enta ni tak puas hati apa dengan ana.?” “Cuba bagitahu dengan ana sekarang!.” “Astagfirallahalazim,Hakim.”  “Cubalah enta istigfar banyak-banyak.” “Ana tak pernah ada fikiran buruk pada enta sepanjang kita bersahabat.” “Ana cuma risau memikirkan keadaan enta sekarang.” “Dulu,enta selalu turun ke surau.”  “Namun ,sejak enta pindah blok di aras atas.” “Ana lihat,enta dah mula jarang turun ke surau.” “Malah,kawan-kawan enta juga mula bertukar orang.” “Enta tidak lagi bergaul dengan sahabat-sahabat yang sentiasa menjaga keutuhan akhlak islamiyah sebagai seorang remaja muslim yang beriman kepada Allah.”
“Enta siapa nak jaga tepi kain ana hah.?” “Enta rasa,enta dah cukup alim la dapat selalu turun ke surau.?”  “Ana ni jahil kan,nak buat macammana?.”  “Astagfirallah,Hakim tidak ada istilah menjaga tepi kain dalam sebuah perhubungan persaudaraan di antara saudara seislamnya dengan saudaranya.”
“Dalam surah al-asr, Allah Subahanahuwataala ada mengatakan: "Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian,Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."

“Kita ini bukan orang lain,Hakim.” “Kita adalah saudara yang sangat dekat.” “Cubit paha kanan,paha kiri akan terasa.” “Nabi juga pernah berkata: "Kita ini ibarat bangunan,saling kukuh mengukuhi di antara satu sama lain."
“Betapa dekatnya perhubungan kita itu.” “Tak sempurna iman ana,jika ana tidak kasih pada enta seperti mana ana kasih akan diri ana.” “Ini bukan kata ana,kata-kata itu datangnya dari sabda Rasulullah S.a.w sendiri yang ana petik dari pembacaan hadis sahih Bukhari dan Muslim.”
“Hakim,kerana Allah ana tidak pernah bersangka buruk pada enta atau ingin bersikap alim di hadapan enta.” “Ana lakukan semua ini,kerana ana merasakan enta adalah tanggungjawab ana untuk ana ambil tahu.”  “Hakim,fikir-fikirkanlah apa yang ana cakapkan tadi.” “Kadang-kadang ,dalam hidup ini,kita harus lebih banyak  muhasabah diri untuk kebaikan diri kita juga.” “Wallahualam.” “Ana minta diri dulu Assalamualaikum.” “Amir Mukriz!.” “Tunggu dulu!.” “Sebelum enta pergi dari bilik ana.” “Ana ada satu perkara ingin bagitahu enta.”  “Ya,apa dia?.” “Cakaplah,ana sedia mendengarnya.” “First ,terima kasih sudi datang ke bilik ana untuk beri ceramah pada ana.” “Walaupun,secara tidak langsungnya,ana tidak menjemputpun enta untuk datang kemari.” “Kedua,dalam bab hidup ana,tak perlulah enta nak bussy body.”  “Takkiralah,atas alasan apapun yang enta kemukakan.”  “This is my life ok!.” “So, jangan nak pandai-pandai jaga tepi kain ana!.”  “Ana tak suka!.” “Harap sangat,enta faham.”

‘Adoi,pening betul kepala aku hari ni. Result down lagi! Matilah aku kali ni. Nak jawab apa dengan Abah dan Ummi.’

‘Tut..tut..tut.. Hanset ku mula berdering. Panggilan dari Wardina kembali memanggil.’ “Hello,Hakim,awak ada kat mana sekarang.”  “Jom kita keluar cafĂ©.” “Sorrylah Wardina.”  “Saya takda  mood lah hari ni.” “Kenapa pula ni Hakim?.” “Entahlah,saya stress sangat hari ni.” “Result exam saya kali ni agak teruk sangat.” “Saya tengah risau  fikirkan untuk jawab apa dengan Ummi dan abah saya.”
“Awak bersabarlah ya.” “Next time kan awak  boleh perbaiki dengan  lebih baik lagi.”
“Ye ,saya tahu.” “Tapi, Abah dengan Ummi saya pasti akan marahkan saya juga kerana gagal untuk buat yang terbaik kali ni.” “Dah la semester lepas pun saya  gagal!.”  “Kali inipun saya masih lagi ulangi situasi yang sama.”  “Saya bukan apa,risaulah juga takut kena Extend.” “Kalaulah mereka tahu saya lebih banyak main-main dari study.” “Sudah tentu saya akan kena marah teruk.”
“Dah la sedih-sedih.” “Saya kan ada,boleh tenangkan awak.” “Jom lah kita keluar hilangkan tension awak tu.” “Awak tak faham ke?.” “Saya cakap ,saya betul-betul takda mood hari ni!.” “Cubalah faham sikit!”  “Sampai hati awak marah saya macamtu.” “Salah ke saya nak hiburkan hati awak?.” “Salah,tu takdalah salah.” “Saya cuma bagitahu awak nak bersendiri.”  “Takkan itupun awak tak faham lagi!.” “Ke nak kena saya ulang banyak kali,baru awak nak faham?.” “Ok ,fine.” “Ikut suka hati awak lah nak layan perasaan sendiri awak tu.” “Saya cuma nak tenangkan perasaan awak  je.” “Kalau itu pun tak boleh,dah takda gunanya lagi kita teruskan perhubungan kita ini.” “Awak minta putus ye!.” “Ok ,fine. bye!.” Talian dari Wardina terus di matikan.
 “Hakim,jom main futsal.” Sorrylah Fadhil,aku takda mood la hari ni.”  “Lar..kenapa pulak?.” “Sorry lah ,kepala aku ni tengah serabut sikit!.”
“Wei,rileks r!.” “Watpelah nak tension-tension ni.” “Macamlah ada masalah negara.” “Jomlah join lawan futsal ngan aku!.”
“Sorry r Fadhil.” “Aku betul-betul tak boleh la.” “Ke ,kau gaduh dengan Wardina ni?.” “Hei,pasal aku dengan awek aku hang tak payah duk sibuk!.”
“Ala aku tanya je,itupun nak marah!.” “Blah lah wei!.”
‘Kenapalah semua orang susah nak faham.’ ‘Sakit hati betul aku hari ni.’ ‘Dah la result exam fill lagi.’  ‘Terpaksa pula hadapi bermacam-macam karenah mereka yang tak faham.’ ‘Apalah malang sungguh nasib aku hari ni.’ ‘Apakah kegagalannya dalam exam adalah penghukuman dari Allah?.’ Hakim ILyas mula di buru rasa takut .
Wajah Amir Mukriz kembali terbayang .  ‘Amir,enta kat mana sekarang?.’ Hakim ILyas tiba-tiba terkenang Amir Mukriz yang menjadi sahabatnya sejak dari alam persekolahan lagi.
Kata-kata nasihat dari Amir Mukriz terus begema di sesawang minda Hakim ILyas takkkala itu. Setiap kata-kata yang di lontarkan teman satu Universiti dengannya itu ada kebenaranya. Dirinya kini telah jauh berubah berbanding dulu.  Dulu dia begitu menjaga solat lima waktu di surau. Namun ,sejak menjejakkan kaki ke alam Universiti. Sikapnya kini telah jauh berubah. Kerana terikut dengan budaya kampus yang terlalu bersosial itu. Budak berlatar belakang agama sepertinya boleh terasa di cabar bila di katakan ketinggalan kerana tidak mengikuti perkembangan semasa. Lantaran terkesan oleh kata-kata yang langsung tidak membina dari mereka yang jahil itu. Akhirnya Hakim ILyas mulai tewas. Hanyut dengan dunia couple dan bercampur dengan teman-teman yang langsung tidak ada asas kefahaman agama. Akhirnya hidupnya yang dulu pernah bersinar dengan cara hidup islam kini mula pudar dengan budaya hidup mereka yang tidak mengamalkan agama dalam kehidupan.
‘YA-Allah,betapa jauhnya aku tersasar dari-MU selama ini.’ Jerit hati kecil Hakim ILyas kembali  di selubungi oleh seribu satu penyesalan yang hadir bersilih di lubuk hatinya kini.
‘Ya-Allah,apakah hamba-MU yang hina ini masih wujud di sisi-MU?.’ ‘Setelah apa yang telah aku lakukan semalam ini.’      
‘Ampunilah segala kealpaan yang aku tidak sedar selama ini jauh tersasar dari landasan jalan-MU.’  ‘Ampunilah aku ya-ALLAH. Rintih Hakim ILyas kembali merasa sungguh luluh dan hiba.’

Bunyi ketukan pintu dari luar kembali menyedarkan Hakim ILyas dari mengelamun. Hati dan fikiran Hakim ILyas benar-benar berharap insan yang muncul di muka pintu biliknya itu adalah insan bernama Amir Mukriz.
Namun,andaian yang difikirkan oleh akalnya bukan Amir Mukriz yang muncul. Wajah Abu Bakar pula yang tiba-tiba muncul di muka pintu.
“Assalamualaikum Hakim.” “Maafkan ana kerana menggangu enta.” “Takpe Bakar.”  “Enta tak menganggu ana pun.” Ucap Hakim ILyas dengan rasa bersalah kerana sikap alpanya selama ini telah mewujudkan jurang diantara sahabat-sahabatnya.  “Ada apa enta datang kemari.” “InsyaAllah,mana tahu boleh ana bantu ?.” Ucap Hakim ILyas dengan penuh mengharapkan keampunan Allah.
  “Ana datang untuk sampaikan surat dari Amir buat enta.” “Surat?.” “Surat apa?.” “Enta baca sendirilah nanti yea!.” “Maaf,boleh ana tahu Amir Mukriz ada di mana sekarang?.” “Amir dah takda di Malaysia.” “Maksud enta apa,Bakar?.” “Amir pergi kemana?.” “Amir baru selamat berangkat  ke Madinah semalam.” “Kenapa enta tak beritahu ana.” “Maafkan ana.” “Bukankah enta sendiri yang minta supaya tidak menganggu enta lagi?” “Jadi ,Amir tunaikan permintaan enta itu.”
“Ya-Allah,semuanya salah ana.” Keluh Hakim ILyas dengan linangan air mata. “Sudahlah,Hakim.” “Enta tak usahlah bersedih hati.” “Cuba enta hayati satu firman Allah: 

“KATAKANLAH (wahai Muhammad): “wahai hamba-hamba-KU yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah,kerana sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun ,lagi Maha Mengasihani.”
(Al-Zumar:53)

   “Enta berubahlah untuk menjadi insan yang lebih baik bermula saat ini.” “Jangan biarkan kesilapan yang sama berulang lagi.” “InsyaAllah,jika ada rezeki enta pasti akan dipertemukan Allah dengan Amir Mukriz lagi.” “Tabahkan hatimu ya akhi.” “Jangan lupa,bacalah warkah dari Amir Mukriz ini.” “Mudah-mudahan dengan kiriman warkah ini akan mengurangkan rasa bersalah enta pada Amir.”


“Terima kasih Bakar.” “Walaupun,selama ini ana banyak berbuat silap pada enta.” “Namun ,enta masih melayan ana dengan layanan yang begitu baik.” “Ana malu pada enta.” “Usahlah berkata begitu wahai saudaraku.” “Tak perlulah  enta nak merasa malu pada ana.” “Letakkanlah rasa malu enta itu hanya kepada Allah.”

“Ana kenal enta kerana Allah.” “Hanya DIA jua yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati ana.” “Ana bukan hanya ingin kenal enta setakat didunia.” “Bahkan,ana mengharapkan silaturahim kita ini mampu mencapai jaringan sampai ke syurga!.”

“Jadi ,tiada hairannya kenapa ada penyair puitis mengungkapkan kata-kata: Bersahabat biarlah sampai ke syurga."

“Seorang sahabat yang baik itu akan menarik sahabatnya bersama-sama untuk ke syurga.” “Ana tidak ingin sahabat ana terkapai-kapai sendirian tanpa landasan hidup yang betul.” “Hanya itulah tujuan hidup ana berukhuwah dengan enta.” “Jazakallah wahai saudaraku.” “Hanya Allah jua yang mampu membalas segala kebaikanmu terhadapku.” Ucap Hakim ILyas dengan penuh rasa terharu.

SURAT DARI : AMIR MUKRIZ.

Assalamualaikum. Kehadapan saudaraku Hakim ILyas. Di saat enta menerima warkah ini. Ana sudah tidak ada di bumi Malaysia. Kerana mengejar cita-cita ana untuk melanjutkan pengajian di bumi Madinah. Alhamdulilah,surat tawaran yang ana tunggu selama ini kini  telah terjawab. Ana bersyukur kepada Allah kerana diberi rezeki untuk meneruskan perjuangan bagi menimba ilmu di university Madinah. Doakan ana di sana.

Ana ingin mohon maaf kerana tidak berlaku baik sepanjang berukhuwah dengan enta. Semoga puisi yang ana karang ini menjadi hadiah terindah buat kita bersama.

Akhir kata,sambutlah salam perpisahan dari ana untuk seketika. Semoga Allah akan menghubungkan kita kembali dalam rahmat tautan kasih-NYa. InsyaAllah,amin.


WARKAH CINTA ILAHI
Tanpa aku sedar

Engkau tiada henti menjagaiku
Bermula dari alam aku masih kecil
Sehingga aku mulai dewasa
Engkau jualah yang mengajarkan aku
Tentang sebuah erti kehidupan

Engkau tiada henti memenuhi

Setiap keperluan dan keinginanku
Setiap apa yang aku perlukan
Tidak pernah Engkau tolak
Walaupun untuk sesaat!
Samaada lambat ataupun cepat
Engkau pasti akan memberi!

Memberi dan terus memberi
Sehingga aku akhirnya terlupa
Lupa untuk mensyukuri nikmat-MU!
Kelihatan angkuhnya aku saat itu!
Terus hanyut dengan permainan duniawi
Terus lemah dengan bisikan nafsu
Terus terjerat dengan pujuk rayu IBLIS!
Yang akhirnya terus -terusan membutakan hati!
Sikapku itu,
"tak ubah seperti kacang yang lupakan kulit!"

Namun
Engkau tidak pernah meninggalkanku
Walaupun sejauh mana aku telah melupakan-MU
Walau segunung manapun besarnya dosaku
Engkau tetap hadir memberi aku peluang dan ruang!
Dengan janji seluas rahmat dan keampunan!
Peluang itu sentiasa ada terbuka untukku!

Saat aku mulai tersedar dari kejahilan
Allahuakbar!
Betapa agungnya cinta-MU untukku!

Malam itu,Hakim ILyas tidak dapat melelapkan matanya. Warkah tulisan Amir Mukriz benar-benar membuatkan hatinya insaf.Rasa takut pada Allah datang bersilih. Takut sekiranya Allah tidak mengampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan sebelum ini.Tiada lagi ketenangan di nikmati. Setelah kesedaran yang baru tiba itu. Benar-benar telah membunuh seluruh rasa kenikmatan yang ada pada dunia hidupnya  sebelum ini.

Dengan langkah yang penuh mengharapkan redha Allah. Hakim Ilyas kembali mengatur langkahnya ke surau.
Alhamdulilah,hatinya kembali terasa lapang. Di saat kakinya menyentuh sejadah. Hilang segala keresahan yang membelenggu tadi.
Malam itu , dia ingin meluahkan segala-galanya kepada-NYA. Biarlah bicara hatinya itu terlangsung tanpa dilihat oleh sesiapapun. Kecuali hanya berdua dengan-DIA!.


NUR FIRDAUS@ MUJAHID IMAN SYAHADAH
SWEET MEMORIES
UPM SERDANG.












WARKAH CINTA ILAHI

Tanpa aku sedar
Engkau tiada henti menjagaiku
Bermula dari alam aku masih kecil
Sehingga aku mulai dewasa
Engkau jualah yang mengajarkan aku
Tentang sebuah erti kehidupan


Engkau tiada henti memenuhi
Setiap keperluan dan keinginanku
Setiap apa yang aku perlukan
Tidak pernah Engkau tolak
Walaupun untuk sesaat!
Samaada lambat ataupun cepat
Engkau pasti akan memberi!

Memberi dan terus memberi
Sehingga aku akhirnya terlupa
Lupa untuk mensyukuri nikmat-MU!
Kelihatan angkuhnya aku saat itu!
Terus hanyut dengan permainan duniawi
Terus lemah dengan bisikan nafsu
Terus terjerat dengan pujuk rayu IBLIS!
Yang akhirnya terus -terusan membutakan hati!
Sikapku itu,
"tak ubah seperti kacang yang lupakan kulit!"

Namun
Engkau tidak pernah meninggalkanku
Walaupun sejauh mana aku telah melupakan-MU
Walau segunung manapun besarnya dosaku
Engkau tetap hadir memberi aku peluang dan ruang!
Dengan janji seluas rahmat dan keampunan!
Peluang itu sentiasa ada terbuka untukku!

Saat aku mulai tersedar dari kejahilan
Allahuakbar!
Betapa agungnya cinta-MU untukku!

Nur firdaus@mujahid iman syahadah.


UPM ,Serdang.

penulis islamic 2013.

hak cipta terpelihara.

Tuesday 23 April 2013


LASKAR PELANGI SENJA!
Lewat senja itu
Aku membuka langkah ke kebendang
Merenung dan memerhati
Saujana mata memandang bumi hijau!
Ada ketenangan yang ku dapati disitu
Kemarinya aku untuk menikmati
Suatu keindahan alam fatamorgana
Kurniaan berharga dari Sang Pencipta Agung!
Diatas sana ada pelangi indah yang menjelma!
Teriakku didalam hati
Takkala anak mata ku menerka
Di kaki awan kelabu senja!
Cantik! ,Bisik ku bertasbih!
Disaat anak mataku mula terpesona
Dengan  panorama alam yang begitu cantik!
Hasil nukilan indah dari Sang berkuasa!
SUBAHANALLAH!!
NUR FIRDAUS@MUJAHID IMAN SYAHADAH.
UPM ,SERDANG.





CERITA DIRI!

Wajah itu tetap tersenyum
Biarpun seluruh jasad kian kaku
Dek panahan sakit yang penuh menghimpit
Tetap teguh mengharungi sebuah derita
Hanya cerita diri dan Ya ILAHI
Yang bisa mengerti perang di hati
Membawa diri sendiri
Untuk terus berjuang
Tabahkan hati ,pujukan diri!
Demi kerana keimanan di hati
Tetap bangkit mempersiapkan diri
Sehingga ke titisan akhir!!

-PENULIS ISLAMIC-
NUR FIRDAUS@MUJAHID IMAN SYAHADAH.

UPM-SERDANG.