MELAKAR CINTA IDRIS
28 0KTOBER
2012..(JUMAAT)
Langkah saya kembali
bertasbih di gerbang Mihrab -Nya. Terdampar ketenangan di anak mata hati saya takkala kaki berada diatas sejadah cinta ILAHI.
Usai tersarung wudhuk yang sempurna. Saya kembali bangkit berdiri bagi menunaikan hak tahyatul masjid sebanyak bilangan 2 rakaat. Kali ini,legasi pengimarahan saya bermula lagi di
Masjidil UKM yang diberkati.
Saya kembali berkhalwat
bagi menyucikan diri dari kealpaan duniawi yang kian menganas disaat dunia tak
lagi mampu mengenal erti taqwa?
Manusia kini dilihat
kian rapuh dan begitu mudah terjajah oleh anasir-anasir persembahan yang
disadur oleh musuh laknatullah Yahudi!.
“Ya-Allah ketika
hati-hati mulai lalai dari mengingati-Mu
Kupohon pada-Mu
Agar dikuatkan hatiku
ini
Untuk terus istiqomah
di atas jalan-MU.
Berjuang untuk menjadi hamba-Mu yang bertaqwa!
Beriman kepada
ajaran-MU!
Patuh kepada syariat yang di bawa Nabi junjugan mulia!
Ya-Allah..Ku memohon
lagi kepada-Mu.
Agar hati dan jiwa ini
senantiasa mendapat pimpinan-Mu.
Untuk terus mendaki
jalan yang menghampiri cinta dan rahmat-Mu.”
Kembali terimbas di saluran channel akal fikiran saya saat ini. Pertemuan selama 10 minit yang terlangsung
dengan seorang mujahid dipenjuru Mihrab UKM,kembali mengusyik kalbu.
Ketika itu saya sedang
beriktikaf. Saya susun iktikaf itu dengan berkarya. Memilih taman-taman syurga-Nya untuk melakar ilham puitis. Dengan harapan,moga berhasil tinta pena yang penuh kejernihan. Semoga dengan apa yang ditulis,terbina ditempat
yang baik dan terhasilnya nukilan yang baik juga. Yang pada hemat saya bukan hanya sekadar untuk di tulis atau di jadikan sebagai koleksi. Biar apa yang di tulis itu dapat saya sebarkan sebagai TARBIYAH RASA CINTA kepada UMMAT di ruangan medan dakwah!
Kata beliau kepada
saya:
“Yahudi pernah
berkata,
"Mana mungkin kami akan takut pada orang-orang islam; selagi mana
masjid-masjid tidak dipenuhi diantara dua waktu subuh dan isyak?”
Terkesan dihati saya
saat itu AKAN kebenaran kata-kata nasihat yang begitu mendalam maksudnya untuk
saya fikirkan.
Maknanya,islam belum
mungkin akan naik. Sekiranya solat subuh dan isyak pun mereka masih lagi belum
mampu memenuhi saf untuk berjemaah!.
Bukankah,islam itu akan
bangkit dengan penyatuan jemaah? Sebagaimana sejarah pernah bersatunya Ansar dan
Muhajirin. Bermulanya dari hasil titik tolak dan usaha perjuangan jerih payah dari seorang
insan bernama Rasulullah s.a.w yang
tidak pernah kenal apa itu erti jemu. Membawa sinar kebenaran ke dalam kehidupan ummat akhir zaman yang terkapai-kapai tanpa pedoman dengan panduan dari al-Quran dan kehidupan Islam.
Khidmat baginda ,menabur
benih kecintaan kepada Ilahi sentiasa diperluaskan. Demi membawa hati-hati
kembali mentauhidkan Allah S.w.t. Sehinggalah kejahiliyahan benar-benar telah hilang lenyap.
Begitu indah akhlak
yang ada pada insan junjugan yang mulia bernama Muhamad S.a.w
bin Abdullah itu.
Kata beliau kepada saya
lagi,
"Cuba hasilkan satu puisi tentang kebangkitan yang dapat mencorakkan minda
pembacanya untuk berfikir sejenak diatas kata-kata Yahudi itu.
Agar jiwa-jiwa kembali
terbawa untuk merenung dengan penuh fikir dan berusaha untuk mencari jalan
penyelesaian kepada pengerak kebangkitan penyatuan umat islam. Kerana hari
ini,semangat kesatuan itu dilihat kian mundur dari kehidupan seorang muslim.
Kerana terlalu sibuknya
dengan perkara duniawi yang membutakan hati".
Ya-Allah..
Perlukah hamba-Mu ini
bersedih hati lagi kerana merasa sendiri tanpa ibu dan ayah? Menjalani
hari-hari yang penuh sendu kerana merindukan sebuah erti kasih dan sayang?
Argh.. Sedangkan Yahudi sedang mengatur strateginya untuk menengelamkan Ummah
yang kian parah dengan keruntuhan moral.
Namun kesunyian yang saya
lalui dihari-hari terakhir, di permatang duniawi yang semakin menguji
keimanan itu juga tidak mampu saya tolak.
Ada ketika saya merasa
kuat dan ada ketika juga diri ini terasa seakan lemah. Tanpa cas-cas mutiara berhikmah
yang dibawa dari pesona seorang sahabat bernama teman. Diri ini akan terjatuh tanpa landasan yang
betul.
Itu pentingnya
mempunyai banyak teman yang kaya dengan
wacana ilmu yang tidak lokek untuk diperkongsikan dalam mengharungi onak
perjuangan hidup yang penuh liku kini.
Semoga jalinan persahabatan yang terbina ini terus
berkesinambungan hingga ke syurga.
Rasulullah S.a.w juga
tidak terkecuali dari merasa sendiri dan kosong disaat kepergian Khadijah r.a .
Wanita itu,begitu
tinggi nilainya dihati baginda. Wanita pertama yang menjadi suri dihati
hidup baginda. Seorang wanita yang pertama yang sentiasa mempercayai baginda disaat seluruh manusia mendustakan akan
kerasulan baginda.
Namun,percaturan urusan
Rabb telah mendahului segala-galanya. Khadijah pergi terlalu awal menemui Tuhan-Nya di saat Muhammad S.a.w amat memerlukan Khadijah berada di sisi sebagai teman yang memberi inspirasi!.
Pasti ada hikmahnya
yang tersembunyi,kerana Allah itu tidak zalim pada tiap-tiap hambanya.
HILANG NYA SEBUAH PERMATA.
Perginya sang kekasih
Kerana menyambut sebuah pertemuan
Di sisi Sang kekasih yang jauh lebih Agung!
Permergian yang sungguh di tangisi
Seorang serikandi permata syiar islam!
Dialah wanita agung
Yang menjadi penguat hati nabi
Dialah perempuan ,ibu kepada anak-anak nabi
Yang dari pada rahimnya lahir wanita-wanita Unggul
Dialah wanita inspirasi!
Wanita yang tidak memandang kepada kebendaan!
Dialah wanita yang berserderhana
Seorang wanita yang memandang kepada keikhlasan.
Dialah wanita tauladan
Yang namanya hidup di sepanjang zaman.
Beberapa hari
kebelakangan ini,jiwa saya agak merasa terusyik dengan pelbagai kejutan. Sejak
diuji dengan sakit kanser hampir 3tahun .
Suatu hari ,seorang
yang ditarbiyah boleh mengucapkan kata-kata yang begitu mengejutkan saya takkala
mendengarnya. Beliau bukannya terlalu
asing pada saya. Kerana dia adalah saudara seislam saya yang begitu dekat.
Namun,bila terkenang akan kata-katanya yang sungguh tidak terduga itu.
Membuatkan jiwa saya
benar-benar merasa terusyik. Katanya kepada saya: kenapa tak mati lagi?
Ya-Allah? Berikanlah
saya kesabaran,untuk menghadapi tiap-tiap kata mereka. Saya tahu,Engkau lebih
Maha Mengetahui apa-apa yang sedang mereka perkatakan itu.
Dan semoga diri ini
,tidak berputus asa dari rahmat-Mu. Cuma ,sebagai manusia biasa yang bersifat
lemah . Saya tidak dapat lari dari merasa sedih takkala dihujani dengan
kata-kata yang begitu menguris perasaan seumpama itu.
Sebagai insan yang
dikurniakan mata hati. Mereka tidak seharusnya ,menuturkan bicara seperti itu
kepada saya. Dimana keyakinan dan keimanan mereka selama ini kepada Allah?
Sebagaimana yang termaktub dalam susunan 6 perkara rukun iman. Sakit ini datang
dari-Nya jua. Bukan saya yang pinta. Jadi,untuk menjawab segala persoalan yang mereka ajukan itu ,maaf ,saya tidak ada jawapannya. Bilakah saya bakal pergi itu ,saya sendiripun tidak tahu?. Maaf,beribu kali kemaafan saya pohonkan,kerana
saya tidak ada jawapan untuk menjawab semua persoalan yang telah di ajukan itu!.
Aneh,dimana manfaat
ilmu yang diperolehi selama ini? Demi Allah,sakit yang sedang saya deritai ini
bukanlah kehendak yang saya sendiri pinta. Semua ini berlaku diatas qadar dan qadak-Nya.
Konkulusinya,awasilah
kata-kata sebelum melontarkan sesuatu bicara. Kerana dengan kata-kata itu jugalah ,akan
membawa binasa kepada orang yang berkata itu sendiri.
Semoga Allah S.W.T
terus memberi kekuatan kepada saya untuk menjalani ujian-Nya ini dengan tabah.
Benarlah,didunia ini
bersifat ujian. Tiap perkara yang datang dalam kehidupan kita,bukan sengaja didatangkan,tanpa
ada sebabnya.
"Dunia ini dipagari oleh
hawa nafsu dan tipu daya yang begitu melemaskan,hanya mereka yang bertaqwa
jualah yang tidak akan sedikitpun tergoda,malah goyah dari tunduk kepadanya.
Sesungguhnya,syurga itu
dipagari oleh kesukaran,untuk memperolehinya kita perlu lebih berusaha tanpa
putus asa,kerana neraka itu hanya dipagari oleh banyak kesenangan yang
melekakan".
ALHAMDULILAH di kem
solat jumaat tadi,saya dihubungkan kembali dengan bintang hati saya. Pertemuan
yang tidak saya rancangkan,tetapi berlaku dengan iradat dan susunan-Nya.
Betapa hebatnya,jalan
ILahi itu,Dia tidak memberi apa yang kita perlukan,tetapi Dia membukakan apa
yang DIA kehendaki.
Ketika itu,saya merasa
sungguh takjub. Doa saya sebelum ini telah didengar oleh-Nya. Pertemuan yang
terlangsung memberi saya satu kekuatan,dan suatu kesyukuran diatas nikmat-nikmat-Nya
yang tidak terhingga.
Mudah-mudahan saya
tergolong didalam kelompok hamba-hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.
Namun,oleh kerana ingin
menjaga fadhilat kem jumaaat . Saya hanya mampu menghulurkan tangan untuk berjabat salam. Masing-masing kembali fokus untuk mengambil perhatian terhadap
mimbar khutbah yang disampaikan Imam.
Seusai dari kem jumaat
itu,saya terpaksa bergegas pulang. Tidak sempat untuk berbual lama dengan bintang
hati saya itu.
Alhamdulilah,seusai makan tengah hari dikafe kolej kajai,UKM. Saya mula kembali meneruskan aktiviti
iktikaf di masjid UKM lagi.
Tadi,sewaktu di
permatang kem jumaat,ingatan saya pada pertemuan bersama bintang hati saya yang
tadi terlangsung kembali terpotret lagi di sesawang minda saya sejenak itu.
Perancangan saya
kembali diatur,dengan kiriman sms untuk kembali bersua temu janji dengan
bintang yang dirindui kerana Allah.
Atas persetujuan kami
berdua,kami merancang untuk berjumpa dipermatang Mihrab barakah mercu tanda UKM selepas waktu asar.
Namun,taqdir Allah lain
jalannya. Itulah kelemahan kami yang tidak dapat disangkalkan lagi.
Sesungguhnya,perancangan
Rabb,dengan perancangan makhluk itu tidak sama.
Subahanallah,akhirnya
kami kembali terhubungi lagi pada tanggal dan waktu seusai Maghrib.
Inilah,dimana
terlangsungnya,pertemuan yang dimana adanya roh diantara hati-hati yang bertemu
tiada lain kerana mengharapkan keredhaan-Nya jua.
Saya kembali ditenangkan
dengan satu halaqoh quran yang begitu mengusyik kalbu.
Pertemuan yang
terlangsung diatas izin Ilahi itu,saya manfaati dengan sepenuh kesyukuran yang
kembali saya panjatkan kepada-Nya.
Alhamdulilah,malam itu
juga saya menjadi tetamu dibilik akhiy Idris.
2.10.2012
MALAM ini hati menjadi
sayu pula,saat ini saya berada dibilik bersama Akhiy Idris yang sedang lena. Tidak
sampai hati untuk mengejutkannya mandi,kerana sejak pulang tadi dia belum lagi
sempat membersihkan diri. Mungkin kerana terlalu kepenatan dengan kuliah dan
aktiviti amalnya sebagai seorang daie yang tidak pernah kenal erti lelah itu.
Benarlah seperti ungkapan
yang pernah saya dengari sebelum ini, “ Tidak ada kerehatan bagi seorang
daie,kecuali kematian”
Terasa tersentuh pula
dengan keluhuran budi Akhiy Idris yang kadang kala bukan saja mencuit hati ini,tetapi
sebenarnya kaya dengan sifat pemurah.
Terima kasih,belikan
nasi goreng,buah anggur ,kueh dan air limau untuk ana. Jazakallah,semoga
kebaikanmu padaku akan dibalas dengan berpuluh hasanah oleh-Nya,amen.
Malam ini,menjadi malam
terindah ukhuwah kita lagi,tadi kita seusai bergurau senda,sambil ku
perdengarkan untukmu sajak-sajak nukilanku.
Meskipun dirimu
kepenatan,namun masih sudi melayani karenah diriku yang penuh ragam ini.
Telah terbukti padaku
kini,sifat penyabar dan ikram muslimin yang terdapat pada dirimu duhai
bintangku.
Alhamdulilah,tercipta
lagi satu puisi baru,ku hadiahkan untuk tatapanmu:
PUISI UNTUK RENUNGAN!
Ya-Allah..
Ditengah kebatilan
mula menguasai pentas alam
Ku bermohon
kepada-Mu Wahai Rabbku
Pimpinlah hati dan
jiwa ini untuk kembali
mentaati
perintah-Mu
Menjunjung tinggi
sunnah rasul-Mu
Ya- ILahi
Dalam ranjau liku
hidup yang penuh mehnah ini
ku tak berdaya
menjaga diri
Tanpa ada
pertolongan dari-Mu
Sesungguhnya,hanya
Engkau yang selayaknya
menjadi pelindung
diri ini
Disaat dunia tak
lagi mengenal halal haram
Ku lihat begitu banyak
insan
Yang kian rapuh imannya
Lantaran terpesona
dengan tipu daya duniawi
Yang telah
memesongkan hati
Agar terjauh dari
pertunjuk Ya-RAHMAN
Ya-Rabb
Bimbingkanlah hati dan langkah ku ini
Agar terus bertaut
hanya kepada-MU
Tetap bersatu
dalam Mihrab ikatan kasih-Mu
Yang akan
abadi selamanya difirdausi..
AMEEN..
farisfirdaus@mujahid
iman.
UKM,BANGI..
hadiah special