Suara kicauan beburung yang berterbangan riang diudara. Begitu menyenangkan hati Yuhanis
yang sedang tekun menjadi pemerhati. Dibendang yang menghijau dengan pemandangan yang
begitu memukau pandangan. Membuatkan Yuhanis merasa begitu bersyukur dapat menjalani
kehidupan di sebuah kampung yang damai.
Tinggal tidak beberapa hari lagi, dia bakal meninggalkan kesemua insan yang disayanginya.Berbagai
perkara yang difikirkannya.
Insan yang terasa begitu berat untuk dia berpisah adalah Ibu tercinta yang begitu dicintainya
kerana Allah.
Sejak kepergian arwah ayahnya. Ibunya yang begitu banyak berkorban keringat untuk mengatur
kehidupannya dengan adik-adik. Bagaimanakah nanti keadaan adik-adiknya. Jika dia sudah
tiada dirumah.
Apakah mereka akan mendengar cakap ibu.
"Assalamualaikum Yuhanis. Sapa Wardah kembali mengejutkan temanya itu dari lamunan.