Pengambilan Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran Sesi 2012/2013 KINI DIBUKA!

by Darul Quran JAKIM on Monday, February 20, 2012 at 10:33am ·
DARUL QURAN merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.

KURSUS YANG DITAWARKAN:
Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
  1. Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin.
  2. Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
    • Bahasa Melayu,
    • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/Tasawwur Islam,
    • Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi dan,
    • Lulus Bahasa Inggeris atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan SPM.

Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak memohon.

YURAN PENGAJIAN:
Yuran pengajian tidak dikenakan. Elaun Pengajian akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran.

CARA MEMOHON
Permohonan secara atas talian (online) boleh diisi melalui laman sesawang:
          a)   http://www.darulquran.gov.my/
          b)   http://www.islam.gov.my/

UJIAN & TEMUDUGA:
Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk temuduga dan menduduki ujian bertulis. Sila semak senarai nama dalam talian dan bawa borang permohonan  yang telah dicetak  semasa temuduga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Tarikh tutup permohonan 10 hari selepas keputusan SPM diumumkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Telefon: 03-60635333 atau 03-60635349 / 5350 / 5351
Faks: 03-60645497

MAKLUMAN:
• Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 7 Mei 2012 adalah dianggap tidak berjaya. p/s: Mohon di-share-kan iklan ini, terima kasih didahulukan.