Saturday, 3 March 2012

UKHUWAH YANG MEMBINA IMAN

29.2.2012

Bermulanya langkah ana dibumi Melaka yang diberkati,untuk bertemu sahabat yang dirindui.
Semoga Allah memberkati langkah ana itu,amin.

Dari Terminal bas Bandar Tasik Selatan,bermula jam 10 pagi . Ana selamat meninggalkan ibu kota Kuala Lumpur untuk berangkat ke Bumi Bersejarah Melaka .  Janji temu dengan akhiy Muhammad Fais telah termetrai dihujung sistem pesanan ringkas @ lebih glamour lagi disebut sebagai SMS!.

Alhamdulilah selama hampir sejam perjalanan dari TBS ana akhirnya selamat mendarat bersama ketibaan pesawat bas Metro yang dinaiki.

Sejurus tiba diterminal Melaka Sentral. Ana meneruskan program kembara di sekitar  Melaka Sentral. Sementara menunggu kehadiran Akhiy fais menjemput. Kerana waktu ana tiba ,Akhiy Fais masih lagi berada didalam jadual waktu kelas. So ,ana harus bersabar disepanjang penantian itu. Ukhuwah punya pasal,ana sanggup menunggu walaupun lama . Kerana ana yakin sudah pasti ada ganjaran yang sedang menanti!InsyaAllah.

Kembara bermula lagi untuk menjejaki Baitullah. Alhamdulilah ,pencarian ana berakhir dengan pertemuan Masjid   Al-Azim yang menjadi mercu Bandarraya  Bersejarah Melaka!

Alhamdulilah ,diMasjid Al-Azim itu jugalah akhirnya menjadi detik pertemuan yang cukup bermakna buat Iman dan amal ana. Pertemuan yang tiada lain didalamnya ada roh untuk bertemu kerana ILahi. DiMasjid Al Azim itu akhirnya menjadi detik dipertemuan ana dengan Akhiy Muhammad fais.

Usar dari menunaikan solat fardhu Maghrib. Ana menyertai akhiy Muhammad Fais dan Akhiy Farhan ke Masjid Fathul Rahman untuk mengikuti PROGRAM MAULIDUR RASUL yang diadakan diMasjid Fathu Rahman!

Alhamdulilah ana kembali menjadi tetamu diKolej Kediaman Makmur. Di sana ana kembali dihubungkan lagi dengan Akhiy Fais dan sahabat-sahabat baru. Antaranya,Akhiy farhan,akhiy Marwan dan ikhwah2 yang lain.
Usar mengerjakan Maghrib di Makmur,kami mula bergerak ke Masjid kedua yang menjadi legasi ana sepanjang dibumi Melaka. Masjid fathul Rahman. Alhamdulillah ,malam itu kami disantap dengan majlis ilmu bertemakan sambutan maulidur rasul yang bertempat dimasjid fathul Rahman.

1.3.2012(Khamis)

IFTAR!

Hari ni ana,akhiy fais dan ikhwah2 UTEM sama2 berpuasa. Malam nanti ada IFTAR!(berbuka),sama2.

Diari ana untuk hari ni juga, diteruskan dengan aktiviti  melewati tempat-tempat bersejarah yang terdapat disekitar Bumi Bersejarah Melaka.

2.3.2012(Jumaat)

Alhamdulilah ,hari ni kembara ana ditemani oleh Akhiy fais. Akhiy fais habis kelas awal hari ni. Dapatlah akhiy fais menemani ana melihat sekitar Bumi Melaka yang begitu cantik dan indah itu.

Alhamdulilah,aktiviti kami diteruskan dengan PROGRAM IMARAHKAN & JELAJAH MASJID!
Masjid SELAT menjadi destinasi pertama kami lewati.
Seterusnya,aktiviti jelajah kami diteruskan lagi ke Masjid yang seterusnya,iaitu Masjid TENGKERA!
Masjid TENGKERA merupakan masjid yang dibina sebelum kemerdekaan negara kita lagi,dan menjadi tarikan pada keunikan seni bina yang diwarisi sejak dizaman kesultanan Melayu Melaka lagi.

3.3.2012(Sabtu)

MABIT(MALAM BINA INSAN TAQWA)

Alhamdulilah,berbanyak rasa syukur lagi dipanjatkan kehadrat Allah S.w.t kerana diatas limpah rahmat-Nya yang tidak terhingga. Akhirnya telah mencampakkan ana lagi untuk menyertai MABIT bersama ikhwah2 UTEM.

  100% ana bagi markah penuh untuk aktiviti MABIT yang diikuti,sangat2 menarik dan benar2 membina modal insan bertaqwa!

Syukran akhiy Muhammad fais,Akhiy Muhammad Naim ,Akhiy Zul,Akhiy farhan, dan ikhwah2 yang turut terlibat. Semoga persahabatan yang terangkum diantara kita semua terus kukuh bagaikan tembok kukuh!
InsyaAllah,amin(^_^).

4.3.2012(Ahad)

PERPISAHAN yang TELAH diTENTUKAN oleh-NYA!

Disuatu pagi yang penuh barakah itu,Alam menyaksi kebangkitan wajah2 dari kalangan Pemuda yang menjadi harapan Islam kembali berada diMercu! Sepertimana tercatatnya kejayaan dan kemenangan SALLAHUDDIN AL- AYUBI yang cemerlang didalam pentadbirannya itu,Subahanallah!

Usar dari menunaikan solat tahajud,kami team dalam  "KETIKA CINTA BERUSRAH" kembali dijemput ILAHI untuk mengerjakan solat fardhu Subuh!
Selesai dari kefardhuan Subuh,aktiviti kami diteruskan lagi dengan bacaan Al-Matsurat.
Usar dari bacaan Al-Matsurat. Aktiviti kami kembali ditarbiyah lagi dengan satu PERMAINAN yang cukup menarik!"Permainan Tali Ukhuwah!".

Usar dari mengerjakan Dhuha,kami semua mula berangkat ke Pejabat Isma untuk menghadiri majlis Ilmu yang dianjurkan oleh pihak ISMA.


  Dipenghujung kembara ana dibumi Melaka bersejarah. Kini  tiba saatnya untuk ana melewati detik perpisahan. Walaupun keperitan berlaku didalam diri ana saat itu. Namun ana harus akur untuk   mengucapkan selamat tinggal kepada semua ikhwah2.Setelah saat yang didebarkan kini telah muncul!

Semoga perpisahan ini menjadi suatu perpisahan yang dirahmati,bertemu dan berpisah tiada lain hanyalah kerana mengharapkan keredhaan dari-Nya. InsyaAllah,amin.

JUMPA LAGI SAHABAT2 KU SEKALIAN!

ILA LIQO! (^_^).




No comments:

Post a Comment