Wednesday 10 October 2012















MENCARI SINAR KEBENARAN!
Takkala ku sendiri
Jiwa terasa kosong
Hambar tanpa nur yang menerangi
Hati yang sepi begitu dahagakan 
Cas-cas berunsurkan  keimanan
Menantikan sebuah  pertemuan yang abadi
Bertautkan cinta,kasih ILAHI
Didaerah terpencil itu telah aku lewati
Mencari sinar cinta suci abadi
Yang menghubungkan jasad dan jiwaku 
Dengan sang pencipta yang hakiki!

farisfirdaus@mujahid iman-
UUM,Universiti Utara Malaysia.




















DIPERMATANG UKHUWAH!
Dipermatang ukhuwah ini
Kita bersama menebar mekar 
Sebuah aroma kebahagiaan
Bertunjangkan  tunas cinta 
Tautan kasih Ya ILAHI

Indahnya nikmat kasih 
Yang teranugerahi 
Berkat  limpah  kurniaan YA-RAHMAN
Telah menyatukan hati-hati kita 
Untuk kembali bersatu
Dibawah  tabir cinta Ya MUHAIMIN
 Biar nokhtahnya sampai kesyurga!

farisfirdaus@mujahid iman.
UTEM-UNIVERSITY TEKNIKAL MELAKA.




IKLAN-IKLAN-IKLAN-DI MUJAHID IMAN SYAHADAH

Tuesday 9 October 2012


COMING SOON!
 FORUM USTAZ AZHAR IDRUS
DI MELAKA!


BAGI pencinta karya seni penulisan,boleh lah join pertandingan ini..mudah-mudahan bakat yang terpendam menjadi satu pengerak untuk menyumbang kepada medan tarbiyah yang dapat memupuk nilai-nilai murni dalam perjuangan ISLAM!  All the best dari my blog mujahid iman syahadah!

Friday 5 October 2012










                 jom meriahkan karnival sempena penghayatan islam UTEM 2012!

RABBKU,
Legasi terindahku bermula lagi malam ini
Dari masjid Upm ke perhentian masjid seri petaling
Menapak lagi jasad dan jiwa ini dibumi UKM!
Setelah  siap merentasi 2 MIHrab-Mu
Demi suatu pertemuan tautan hati
Membawa jauh langkah ku ini
Tiada lain mengharapkan redha-Mu!
Saat Menatap wajahmu duhai akhiy Idris
Tercetus rasa kagum dihatiku
Kepada  pencipta yang telah menukilkan dirimu
 Sungguh tiada aku menyangka
Kita akan bertemu lagi disini
Setelah lamanya kita terpisah dipadang arafah dulu
Tetapi kini,
Janji Rabbku telah tertunai akhirnya
Dia jua yang TELAH memisahkan kita
Dan Dia juga yang telah mentaqdirkan kita
Untuk kembali bersatu dimedan tarbiyah ini
Ku harapkan bermulanya titik ukhuwah BARU kita ini
Terus mekar membunga indah hingga ke jannah!
     (  2)
Kembali terpegun hatiku saat itu
Takkala jalinan cinta kami dulu
Terhubung lagi dijalan perjuangan ini
Rindu yang telah lama bersulamkan kasih
Kerana Ya ILAHI
Akhirnya terubati jua
Disaat  menatap wajahmu wahai akhiy Yus
Rasa ingin menangis hati ini
Diatas pemberian nikmat Rabbku
 Yang ku terima begitu Melimpah kini
Disaat aku merasa sendiri terasing
Sepi tanpa kasih dan sayang
Akhirnya ENGKAU munculkan sahabatku ini
Kembali untuk mewarnai hidupku dengan cuitan tarbiyah!

          (3)
Tiada ku lupakan jasamu duhai akhiy Azri Abdul Jalil
Masih kah antum ingat perkenalan pertama kita
Dikem hulu kenas dulu ?
Disitu,kita dipertemukan ,untuk berteman
Dan akhirnya,kita masih lagi bersama
Menempuhi mehnah ujian ini dengan visi dan harapan kita
Ingin menjulang insan kembali meredah kasih Tuhan!
Ku doakan baktimu ini,diberkahi duhai akhi ku azri

Sahabat-sahabatku,
Hari ini,kita masih lagi bersahabat
Kerana kita ada azam..
Hari esok, kita masih jua bersahabat
Hari-hari kemudian kita tetap  juga bersahabat
Kerana kita saling mendoakan,
Tetapi,
Andai esok  tiada lagi?
Kita tetap sahabat selamanya
Dalam doa dan ingatan kita.
farisfirdaus@mujahid iman
SURAU KOLEJ KRISMAS, UKM,BANGI
24.6.2012

ISTIQORAH CINTA

YA..
ALLAH...

Hanya Engkau yang Maha Mengetahui
Betapa pilunya hatiku ini

Disetiap perjalanan hidupku 
yang penuh mehnah nan berliku

Hati ini,begitu merindui
Suatu nikmat kasih dan sayang

Jika Adam pernah meluahkan rasa sepi
Kerana kosong tanpa teman bernama Hawa

Begitu pula keadaan Rasulullah S.a.w
Yang di timpa sendu takkala kehilangan  Khadijah 

Ujian yang sedang hambamu jalani saat ini
Tidaklah seberat beban
 Yang telah Engkau berikan kepada mereka

Ya-Allah
Dalam harap dan takut kepada-Mu
Hamba memohon dengan penuh harapan

Agar jiwa dan hatiku ini
Sentiasa terdidik untuk meredahi daerah cinta-Mu
yang abadi

Istiqorah cintaku,kembali ku sandarkan
Hanyalah pada-Mu

farisfirdaus@mujahid iman.

UKM ,BANGI.

(BILIK AKHIY IDRIS)
















Wednesday 3 October 2012


KETIKA CINTA BERUSRAH 2
COMING SOON-


Apakah kesudahannya,untuk mengetahui kisah selanjutnya ..


TUNGGU YEA!




MUTIARA KATA:  Penampilan yang baik,adalah lambang keperibadian yang tinggi..

Tuesday 2 October 2012



Program Wacana Ilmu Islam di bawah anjuran Festival Konvokesyen Universiti Malaya FESKUM ‘12 merupakan satu program tahunan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i kepada isu semasa dari perspektif Islam.

Ia turut membantu menjawab permasalahan dalam kalangan mahasiswa/i berkenaan beberapa isu yang acapkali membelenggu minda. Program ini memberi manfaat kepada para mahasiswa/i dalam menyelami ilmu agama dengan menilai cinta menurut perspektif Islam. Wacana ini juga berbentuk lebi
h santai bual bicara dan soal jawab antara panel dan mahasiswa/i.

Cadangan tajuk bagi program Wacana Ilmu Islam ini ialah Istikharah Cinta. Manakala cadangan ahli panel ialah Puan Fatimah Syarha Mohd Noordin, penulis buku terkenal, ‘Cinta High Class’. Saudara Wan Najdi bin Wan Mohd Noh, bekas peserta program Imam Muda dan Ahmad Fedtri Yahya pengacara TV. Penonton terdiri daripada muslimin dan muslimat walau bagaimanapun bukan muslim amat dialu-alukan dalam menjayakan program ini.





FORUM 2012


MUTIARA KATA:-IMAN cuma senipis kulit bawang,tanpa amal yang konsisten,syaitan akan mudah          merosakkan hati kita dengan tipu dayanya yang memesongkan-


MELAKAR CINTA IDRIS
28 0KTOBER 2012..(JUMAAT)
Langkah saya kembali bertasbih di gerbang Mihrab -Nya. Terdampar ketenangan di anak mata hati saya takkala kaki berada diatas sejadah cinta ILAHI.
Usai tersarung wudhuk yang sempurna. Saya kembali bangkit berdiri bagi menunaikan hak tahyatul masjid  sebanyak bilangan 2 rakaat. Kali ini,legasi pengimarahan saya bermula lagi di Masjidil UKM yang diberkati.
Saya kembali berkhalwat bagi menyucikan diri dari kealpaan duniawi yang kian menganas disaat dunia tak lagi mampu mengenal erti taqwa?
Manusia kini dilihat kian rapuh dan begitu mudah terjajah oleh anasir-anasir persembahan yang disadur oleh musuh laknatullah Yahudi!.

“Ya-Allah ketika hati-hati mulai lalai dari mengingati-Mu
Kupohon pada-Mu
Agar dikuatkan hatiku ini
Untuk terus istiqomah di atas jalan-MU.
Berjuang untuk menjadi hamba-Mu yang bertaqwa!
Beriman kepada ajaran-MU! 
Patuh kepada syariat yang di bawa Nabi  junjugan mulia!
Ya-Allah..Ku memohon lagi kepada-Mu.
Agar hati dan jiwa ini senantiasa mendapat pimpinan-Mu.
Untuk terus mendaki jalan yang menghampiri cinta dan rahmat-Mu.”

Kembali terimbas di saluran channel akal fikiran saya saat ini. Pertemuan selama 10 minit yang terlangsung dengan seorang mujahid dipenjuru Mihrab UKM,kembali mengusyik kalbu.
Ketika itu saya sedang beriktikaf. Saya susun iktikaf itu dengan berkarya. Memilih taman-taman syurga-Nya untuk melakar ilham puitis. Dengan harapan,moga berhasil tinta pena yang penuh kejernihan. Semoga dengan apa yang ditulis,terbina ditempat yang baik dan terhasilnya nukilan yang baik juga. Yang pada hemat saya bukan hanya sekadar untuk di tulis atau di jadikan sebagai koleksi. Biar apa yang di tulis itu dapat saya sebarkan sebagai TARBIYAH RASA CINTA kepada UMMAT di ruangan medan dakwah!

Kata beliau kepada saya:

“Yahudi pernah berkata,

"Mana mungkin kami akan takut pada orang-orang islam; selagi mana masjid-masjid tidak dipenuhi diantara dua waktu subuh dan isyak?”

Terkesan dihati saya saat itu AKAN kebenaran kata-kata nasihat yang begitu mendalam maksudnya untuk saya fikirkan.
Maknanya,islam belum mungkin akan naik. Sekiranya solat subuh dan isyak pun mereka masih lagi belum mampu memenuhi saf untuk berjemaah!.
Bukankah,islam itu akan bangkit dengan penyatuan jemaah? Sebagaimana sejarah pernah bersatunya Ansar dan Muhajirin. Bermulanya dari hasil titik tolak dan usaha perjuangan jerih payah dari seorang insan bernama Rasulullah s.a.w  yang tidak pernah kenal apa itu erti jemu. Membawa sinar kebenaran ke dalam kehidupan ummat akhir zaman yang terkapai-kapai tanpa pedoman dengan panduan  dari al-Quran dan kehidupan Islam.
Khidmat baginda ,menabur benih kecintaan kepada Ilahi sentiasa diperluaskan. Demi membawa hati-hati kembali mentauhidkan Allah S.w.t. Sehinggalah kejahiliyahan benar-benar telah hilang lenyap.
Begitu indah akhlak yang ada pada insan junjugan yang mulia bernama Muhamad S.a.w bin Abdullah itu.

Kata beliau kepada saya lagi,

"Cuba hasilkan satu puisi tentang kebangkitan yang dapat mencorakkan minda pembacanya untuk berfikir sejenak diatas kata-kata Yahudi itu.
Agar jiwa-jiwa kembali terbawa untuk merenung dengan penuh fikir dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada pengerak kebangkitan penyatuan umat islam. Kerana hari ini,semangat kesatuan itu dilihat kian mundur dari kehidupan seorang muslim.
Kerana terlalu sibuknya dengan perkara duniawi yang membutakan hati".

Ya-Allah..
Perlukah hamba-Mu ini bersedih hati lagi kerana merasa sendiri tanpa ibu dan ayah? Menjalani hari-hari yang penuh sendu kerana merindukan sebuah erti kasih dan sayang? Argh.. Sedangkan Yahudi sedang mengatur strateginya untuk menengelamkan Ummah yang kian parah dengan keruntuhan moral.
Namun kesunyian yang saya lalui dihari-hari terakhir, di permatang duniawi yang semakin menguji keimanan itu juga tidak mampu saya tolak.
Ada ketika saya merasa kuat dan ada ketika juga diri ini terasa seakan lemah. Tanpa cas-cas mutiara berhikmah yang dibawa dari pesona seorang sahabat bernama teman.  Diri ini akan terjatuh tanpa landasan yang betul.
Itu pentingnya mempunyai banyak  teman yang kaya dengan wacana ilmu yang tidak lokek untuk diperkongsikan dalam mengharungi onak perjuangan hidup yang penuh liku kini.
Semoga  jalinan persahabatan yang terbina ini terus berkesinambungan hingga ke syurga.

Rasulullah S.a.w juga tidak terkecuali dari merasa sendiri dan kosong disaat kepergian Khadijah r.a .
Wanita itu,begitu tinggi nilainya dihati baginda. Wanita pertama yang menjadi suri dihati hidup baginda. Seorang wanita yang pertama yang sentiasa mempercayai baginda disaat seluruh manusia mendustakan akan kerasulan baginda.
Namun,percaturan urusan Rabb telah mendahului segala-galanya. Khadijah pergi terlalu awal menemui Tuhan-Nya di saat Muhammad S.a.w  amat memerlukan Khadijah berada di sisi sebagai teman yang memberi inspirasi!.
Pasti ada hikmahnya yang tersembunyi,kerana Allah itu tidak zalim pada tiap-tiap hambanya.

HILANG NYA SEBUAH PERMATA.

Perginya sang kekasih
Kerana menyambut  sebuah pertemuan 
Di sisi Sang kekasih  yang jauh lebih Agung!

Permergian yang sungguh di tangisi
Seorang serikandi  permata syiar islam!

Dialah wanita agung 
Yang menjadi penguat hati nabi

Dialah perempuan ,ibu kepada anak-anak nabi
Yang dari pada rahimnya lahir wanita-wanita Unggul

Dialah wanita inspirasi!
Wanita yang tidak memandang kepada kebendaan!

Dialah wanita yang berserderhana
Seorang wanita yang memandang kepada keikhlasan.

Dialah wanita tauladan
Yang namanya hidup di sepanjang zaman.


Beberapa hari kebelakangan ini,jiwa saya agak merasa terusyik dengan pelbagai kejutan. Sejak diuji dengan sakit kanser hampir 3tahun .
Suatu hari ,seorang yang ditarbiyah boleh mengucapkan kata-kata yang begitu mengejutkan saya takkala mendengarnya. Beliau bukannya  terlalu asing pada saya. Kerana dia adalah saudara seislam saya yang begitu dekat. Namun,bila terkenang akan kata-katanya yang sungguh tidak terduga itu.
Membuatkan jiwa saya benar-benar merasa terusyik. Katanya kepada saya: kenapa tak mati lagi?

 Ya-Allah? Berikanlah saya kesabaran,untuk menghadapi tiap-tiap kata mereka. Saya tahu,Engkau lebih Maha Mengetahui apa-apa yang sedang mereka perkatakan itu.
Dan semoga diri ini ,tidak berputus asa dari rahmat-Mu. Cuma ,sebagai manusia biasa yang bersifat lemah . Saya tidak dapat lari dari merasa sedih takkala dihujani dengan kata-kata yang begitu menguris perasaan seumpama  itu.

  Sebagai insan yang dikurniakan mata hati. Mereka tidak seharusnya ,menuturkan bicara seperti itu kepada saya. Dimana keyakinan dan keimanan mereka selama ini kepada Allah? Sebagaimana yang termaktub dalam susunan 6 perkara rukun iman. Sakit ini datang dari-Nya jua. Bukan saya yang pinta. Jadi,untuk menjawab segala persoalan yang mereka ajukan itu ,maaf ,saya tidak ada jawapannya. Bilakah saya bakal pergi itu ,saya sendiripun tidak tahu?. Maaf,beribu kali kemaafan saya pohonkan,kerana saya tidak ada jawapan untuk menjawab semua persoalan yang telah di ajukan itu!.
Aneh,dimana manfaat ilmu yang diperolehi selama ini? Demi Allah,sakit yang sedang saya deritai ini bukanlah kehendak yang saya sendiri pinta. Semua   ini berlaku diatas qadar dan qadak-Nya.
Konkulusinya,awasilah kata-kata sebelum melontarkan sesuatu bicara. Kerana dengan kata-kata itu jugalah ,akan membawa binasa kepada orang yang berkata itu sendiri.
Semoga Allah S.W.T terus memberi kekuatan kepada saya untuk menjalani ujian-Nya ini dengan tabah.
Benarlah,didunia ini bersifat ujian. Tiap perkara yang datang dalam kehidupan kita,bukan sengaja didatangkan,tanpa ada sebabnya.

"Dunia ini dipagari oleh hawa nafsu dan tipu daya yang begitu melemaskan,hanya mereka yang bertaqwa jualah yang tidak akan sedikitpun tergoda,malah goyah dari tunduk kepadanya.
Sesungguhnya,syurga itu dipagari oleh kesukaran,untuk memperolehinya kita perlu lebih berusaha tanpa putus asa,kerana neraka itu hanya dipagari oleh banyak kesenangan yang melekakan".

ALHAMDULILAH di kem solat jumaat tadi,saya dihubungkan kembali dengan bintang hati saya. Pertemuan yang tidak saya rancangkan,tetapi berlaku dengan iradat dan susunan-Nya.
Betapa hebatnya,jalan ILahi itu,Dia tidak memberi apa yang kita perlukan,tetapi Dia membukakan apa yang DIA kehendaki.
Ketika itu,saya merasa sungguh takjub. Doa saya sebelum ini telah didengar oleh-Nya. Pertemuan yang terlangsung memberi saya satu kekuatan,dan suatu kesyukuran diatas nikmat-nikmat-Nya yang tidak terhingga.
Mudah-mudahan saya tergolong didalam kelompok hamba-hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.
Namun,oleh kerana ingin menjaga fadhilat kem jumaaat . Saya hanya mampu menghulurkan tangan untuk  berjabat salam.  Masing-masing kembali fokus untuk mengambil perhatian terhadap mimbar khutbah yang  disampaikan Imam.
Seusai dari kem jumaat itu,saya terpaksa bergegas pulang. Tidak sempat untuk berbual lama dengan bintang hati saya itu.
Alhamdulilah,seusai makan tengah hari dikafe kolej kajai,UKM. Saya mula kembali meneruskan aktiviti iktikaf di masjid UKM lagi.
Tadi,sewaktu di permatang kem jumaat,ingatan saya pada pertemuan bersama bintang hati saya yang tadi terlangsung kembali terpotret lagi di sesawang minda saya sejenak itu.
Perancangan saya kembali diatur,dengan kiriman sms untuk kembali bersua temu janji dengan bintang yang dirindui kerana Allah.
Atas persetujuan kami berdua,kami merancang untuk berjumpa dipermatang Mihrab barakah mercu tanda UKM  selepas waktu asar.
Namun,taqdir Allah lain jalannya. Itulah kelemahan kami yang tidak dapat disangkalkan lagi.
Sesungguhnya,perancangan Rabb,dengan perancangan makhluk itu tidak sama.
Subahanallah,akhirnya kami kembali terhubungi lagi pada tanggal dan waktu seusai Maghrib.
Inilah,dimana terlangsungnya,pertemuan yang dimana adanya roh diantara hati-hati yang bertemu tiada lain kerana mengharapkan keredhaan-Nya jua.
Saya kembali ditenangkan dengan satu halaqoh quran yang begitu mengusyik kalbu.
Pertemuan yang terlangsung diatas izin Ilahi itu,saya manfaati dengan sepenuh kesyukuran yang kembali saya panjatkan kepada-Nya.
Alhamdulilah,malam itu juga saya menjadi tetamu dibilik akhiy Idris.
2.10.2012
MALAM ini hati menjadi sayu pula,saat ini saya berada dibilik bersama Akhiy Idris yang sedang lena. Tidak sampai hati untuk mengejutkannya mandi,kerana sejak pulang tadi dia belum lagi sempat membersihkan diri. Mungkin kerana terlalu kepenatan dengan kuliah dan aktiviti amalnya sebagai seorang daie yang tidak pernah kenal erti lelah itu.
Benarlah seperti ungkapan yang pernah saya dengari sebelum ini, “ Tidak ada kerehatan bagi seorang daie,kecuali kematian”
Terasa tersentuh pula dengan keluhuran budi Akhiy Idris yang kadang kala bukan saja mencuit hati ini,tetapi sebenarnya kaya dengan sifat pemurah.
Terima kasih,belikan nasi goreng,buah anggur ,kueh dan air limau untuk ana. Jazakallah,semoga kebaikanmu padaku akan dibalas dengan berpuluh hasanah oleh-Nya,amen.
Malam ini,menjadi malam terindah ukhuwah kita lagi,tadi kita seusai bergurau senda,sambil ku perdengarkan untukmu sajak-sajak nukilanku.
Meskipun dirimu kepenatan,namun masih sudi melayani karenah diriku yang penuh ragam ini.
Telah terbukti padaku kini,sifat penyabar dan ikram muslimin yang terdapat pada dirimu duhai bintangku.
Alhamdulilah,tercipta lagi satu puisi baru,ku hadiahkan untuk tatapanmu:


PUISI UNTUK RENUNGAN!

Ya-Allah..

Ditengah kebatilan mula menguasai pentas alam
Ku bermohon kepada-Mu Wahai Rabbku
Pimpinlah hati dan jiwa ini untuk kembali
mentaati perintah-Mu
Menjunjung tinggi sunnah rasul-Mu

Ya- ILahi
Dalam ranjau liku hidup yang penuh mehnah ini
ku tak berdaya menjaga diri
Tanpa ada pertolongan dari-Mu

Sesungguhnya,hanya Engkau yang selayaknya
menjadi pelindung diri ini
Disaat dunia tak lagi mengenal halal haram

Ku lihat begitu banyak insan
 Yang kian rapuh imannya
Lantaran terpesona dengan tipu daya duniawi

Yang telah memesongkan hati
Agar terjauh dari pertunjuk Ya-RAHMAN

Ya-Rabb
Bimbingkanlah hati dan langkah ku ini
Agar terus bertaut hanya kepada-MU

Tetap bersatu dalam Mihrab ikatan kasih-Mu
Yang akan  abadi selamanya difirdausi..

AMEEN..

farisfirdaus@mujahid iman.

UKM,BANGI..
 hadiah special














Ya-Allah..

Ditengah kebatilan mula menguasai pentas alam
Ku bermohon kepada-Mu Wahai Rabbku
Pimpinlah hati dan jiwa ini untuk kembali
mentaati perintah-Mu
Menjunjung tinggi sunnah rasul-Mu

Ya- ILahi
Dalam ranjau liku hidup yang penuh mehnah ini
ku tak berdaya menjaga diri
Tanpa ada pertolongan dari-Mu

Sesungguhnya,hanya Engkau yang selayaknya
menjadi pelindung diri ini
Disaat dunia tak lagi mengenal halal haram

Begitu banyak insan yang kian rapuh imannya
lantaran terpesona dengan tipu daya duniawi

Yang telah memesongkan hati
Agar terjauh dari pertunjuk Ya-Rahman

Ya-Rabb

Bimbingkanlah hati ini
Agar terus bertaut hanya kepada-Mu

Tetap bersatu dalam Mihrab ikatan kasih-Mu
Yang akan  abadi selamanya difirdausi..

AMEEN..

farisfirdaus@mujahid iman.

UKM,BANGI..
 hadiah spesial

NOTA: dibilik akhiy Idris hasyim.





Saturday 22 September 2012

PUISI UNTUK DAIE PENANTI

Terdampar ambo dipersisir penanti
Kembali mengamit seribu erti
Yang terantai diantara titian tembok
perpaduan
Yang memimpin hati-hati
Untuk kembali membesarkan Allah
Tiada sesuatupun yang setara dengan-Nya
Kerana hanya dengan Zat-Nya
Kita mampu berjalan
Berlari
Bercakap
Dan Mendengar
Begitu indahnya aturan jalan  YA ILAHI
Tidak cukupkah lagi membuka mata hati kita
Untuk menjadi hamba yang bersyukur?
22.9.2012-SABTU


sweet memories

-di jalan daie-













Tuesday 28 August 2012


jom kita pakat puasa 6,bila dengar ganjaran yg diberikan(^_^).


mutiara kata:

cintailah apapun,
semua itu tidak akan berkekalan,
yang akan kekal hanyalah rahmat dan kebesaran tuhan,
tanpa-Nya,kita tidak akan mampu mendaki tangga kehidupan yang seterusnya,
dinegeri abadi bernama akhirat yang berbaur makfi firdausi(^_^).



MERINDUKAN SEORANG ULAMA

Wajahmu persis bercahaya
Kata-katamu melontarkan panduan
Yang berbunyi paksi keimanan
Hadirmu bak nur yang kerdip bercahaya
Menyinari jiwa-jiwa yang ketandusan
Yang masih tercari-cari suatu pedoman
Yang bersulamkan ilmu KETUHANAN!
Selangkah untuk mendekatimu
Terselit kesungguhan dan upaya
Untuk mengatasi kemunduran diri
Yang kian malap bersama tipu daya duniawi
Dek pujuk rayu yang dipersembah oleh syaitan
Yang di tusuk oleh tikaman nafsu laknatullah yang halus
Saat bertemu dengan permainan iblis
Yang kian bermaharajalela di cakerawala hidup insan!
Ditengah zaman yang kian mundur dengan keimanan
Manusia tiada lagi mengenal erti malu
Terus hanyut dengan tipu daya yang sia-sia
Yang langsung tiada membuahkan apa-apa pembangunan!
Sedarlah wahai insan yang masih lagi leka!!
Bangkitlah segera dari  lena kealpaan!



farisfirdaus@mujahid iman.

UPM SERDANG.





SALAM AIDILFITRI!

TAQABALLAH HUMINNA WAMINKUM!

DARI MUJAHID IMAN SYAHADAH(^_^)

TO ALL

PEMINAT BLOG INI(^_^).

SYUKRAN JAZILAN.
ILA LIQO..

Monday 27 August 2012

KHAS UTK ABG ALI(^_^),FROM  : ADIKMU,FARISFIRDAUS


SAHABAT SEPERJUANGAN!

SAHABATKU,

Teruskanlah mendaki pentas dunia
Dengan gerakan perjuangan!

Agar bumi ini bisa aman
Daripada penindasan!

Musuh durjana si yahudi itu
Harus segera diperangi!!

Agar tak ada lagi
Jiwa yang tersiksa menanggung derita!

Ayuh!
Segeralah kita bangkit bergandingan!

Memerangi musuh durjana berhati iblis!
Dari terseret kelembah penindasan!

Kitalah harapan perjuangan mereka!
Mewarnai tirai berkibarnya bendera kesatuan!

Yang membawa jiwa-jiwa kembali bersatu
Dimedan fisabilillahitaala!

ALLAHUAKBAR!!

FARISFIRDAUS@MUJAHID IMAN
PERAK DARUL RIDZHUAN
TAMAN LAPANGAN TERBANG,IPOH.
farisfirdaus@mujahid iman.

Saturday 30 June 2012

KULIAH TOK GURU

20.4.2012

(HAJI HADI)

*Allah mengutuskan Ibrahim untuk memerangi Namrud.
orang-orang Bani Israil membesarkan Nabi Musa dan Nabi Ibrahim.
*Mereka menunggu kelahiran Nabi Akhir zaman.

*Mereka tidak dapat menerima  Nabi Akhir zaman yang lahir dari bukan keturunan mereka.

*Allah menganugerahkan kerasulan kepada Nabi Ibrahim a.s ,sebelum Nabi Musa a.s yang wajib di imani oleh Ummat Muhamad S.a.w.

* Ibrahim dilahirkan ditengah kaumnya yang babil dan menyembah berhala yang mengikut nenek moyang mereka.

* Ibrahim berkata "Sesungguhnya kamu berada dalam kesesatan yang nyata.
kenapa kamu menyembah berhala-berhala itu.

*Mereka tidak dapat menjawab ,tetapi mereka masih juga tetap ingkar ,inilah sifat-sifat orang jahiliyah.

*Akhirnya mereka membuat keputusan untuk membakar Ibrahim dan mencampakkan Ibrahim kedalam api.


* Taqdir Allah selamatkan Ibrahim.(Mukjizat: dicampak kedalam api,tapi Ibrahim tidak terbakar.

# Dalam hadis Qudsi:

Datang malaikat menghulurkan pertolongan,tapi Ibrahim menjawab: Aku tidak memerlukan pertolongan kalian,cukuplah Allah sebagai penolong;




Wednesday 13 June 2012


CARTA ISLAMfm MINGGU INI.
MUTIARA KATA DI ISLAMfm

KITA HEBAT bukan kerana berpangkat TINGGI,Bukan juga kerana Ilmu MENGGUNUNG,Bukan juga kerana disanjung. Kita HEBAT kerana ALLAH menutup dan menyembunyikan KEAIBAN dan KELEMAHAN kita(^_^).






NASKAH CINTA RASULULLAH

SHORT FILM

DI ISLAMfm.




ISLAMfm

frekuensi stesen radio terbaru d malaysia!

SLOT2 MENARIK :

*SUARA PAGI ISLAMfm(Pagi)

*BICARA HATI(Malam)

*CARTA ISLAMICfm ZONE (Malam)

JANGAN LEPASKAN PELUANG!!

(^_^)





adik mustaqhim


Abang Hafiz



Akhiy Abang Hafiz (^_^)


Akhiy Abang Hadi

Akhiy Azri Abdul Jalil

Akhiy Abang Harizul

 Abang Haris

TAUTAN HATI DI UPM
MEI/JUN:2012

TAUTAN KASIH ILAHI

Mekar dihatiku ini menerima hadiah-Mu
Disaat hatiku sepi tanpa kasih sayang
Engkau hadirkan buatku 
Insan-insan yang dimana ada
 ingatanku pada-Mu
Terlalu besar kasih sayang kurniaan-Mu ini 
Wahai Allah ,Rabbku!
Dengan  penuh rasa rendah diri
Hamba-Mu ini begitu malu 
Untuk menerima segala nikmat kurnian-Mu ini
Terlalu besar hadiah yang Engkau anugerahi buatku
Kehadiran mereka dilewat musafir sepiku
Kembali terlewati dengan mengingati kebesaran-Mu
ya-Allah..
SUBAHANALLAH
ALHAMDULILAH
ALLAHUAKBAR..

MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


farisfirdaus@mujahid iman
Universiti Putra Malaysia.
Serdang,Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.