Saturday 25 May 2013



CINTA SUCI KERANA YA ILAHI

Cinta yang suci akan datang dengan cara yang tidak di sangka
Cinta itulah yang membawa puluhan hasanah
Cinta yang jauh lebih di berkati
Cinta yang tidak di cemari oleh nafsu serakah
Cinta yang tidak hanya mengikut kemahuan
Cinta yang terputik dari keinginan hati yang tulus
Cinta yang inginkan sebuah keredhaan
Cinta yang penuh dengan  kesabaran
Cinta inilah cinta abadi yang akan terus utuh
Mewarisi pintu jannah yang akan di berkati.

Mujahid iman syahadah@nur firdaus.
 

Tuesday 7 May 2013




WAJAH SEORANG PEMIMPIN!

Melihat dari penjuru mata seorang rakyat
Aku tidak nampak pemimpin yang di pilih itu
Punya kriteria seorang yang pemimpim yang bertaqwa!
Malah,segala taktik kotor terus menjadi permainan mereka
Hinggakan agama ku yang suci ini di perlekeh
Diperdagangkan demi hanya kerana sebuah kepentingan!
Demi kerana gilakan kuasa yang keterlaluan
Ya-Allah

Benarlah sabda junjungan mulia
Golongan yang seperti haman dan firauan
Telah mula menjelmakan belangnnya
Kenapa banyak insan masih lagi belum sedar
Terus memilih pemimpin yang konon berlagak alim itu
Di mana keimanan kita kepada Allah dan rasulullah?
Bukankah baginda pernah bersabda:
"harus muliakan orang-orang alim"
golongan seumpama inilah yang selayaknya menjadi pemimpin
Dan bukannya pelakon-pelakon hebat yang memutar belitkan agama
Semata-mata demi kepentingan hawa nafsu mereka semata
Tidakkah kita masih lagi belum celik mata hati?
fikir-fikirkanlah..
Suara ini ,tiada niat untuk menimbulkan perpecahan
Bahkan ,tidak pernah terlintas untuk memutuskan silaturahim
kerana ,ketahuilah:
Kita semua adalah bersaudara
Islam mengajarkan kita untuk bersatu
Bukan jalan perpecahan yang perlu di rempuh
Berfikirlah dengan cara yang waras
Tiada guna hidup saling menghentam
Gunalah cara hidup dalam musyawarah
Barulah Islam akan muncul unggul!

WALLAHUALAM.
nur firdaus@mujahid iman syahadah.