Saturday 25 February 2012


BICARA SISWA
"Menurut Kamus  Dewan,maksiat  adalah perbuatan yang melanggar perintah Allah dan juga pebuatan berdosa(KEJI)"

Assalamualaikum,sidang putera/puteri harapan kita semua,syukur alhamdulilah diatas izin-Nya. Bertemu kita lagi dalam topik perbincangan kali ini dengan tajuk "Katakan tidak pada Zinar!"

TAHUKAH ANDA SEMUA?

Perbuatan Zinar itu amat  ditegah oleh Agama kita. kerana ia bukan saja akan merosakkan nasab keturunan,malah akan membawa kesan yang tidak elok pada perkembangan sistem kehidupan manusia sejagat.

Dan janganlah kamu mendekati zina,(zina )itu sungguh suatu perbuatan keji ,dan suatu jalan yang buruk. al-isra ,surah ke 17,ayat 32.

PUTERA/PUTERI harapan ,sekalian. Jagalah maruah kalian dari ternoda. Usahlah terlalu sibuk mencari keseronokan. Sehinggakan hilang segala maruah dan kehormatan ,kerana kelalaian kita itu.

Hargailah waktu yang ada ini dengan melakukan perkara yang bermanfaat.

Sebagaimana Sabda junjugan,

"tentang Waktu"


masa muda sebelum datang tua
masa sihat sebelum datang sakit
masa senang sebelum datang miskin
masa lapang sebelum datang sibuk
masa sihat sebelum datang mati.


Wallahualam,


farisfirdaus
@
mujahid iman.

International Islamic University.
 (^_^).


P/s:- sebarang komentar boleh diajukan diemail penulis:
@ Blog penulis:
http://farisfirdausblogger.blogspot.com/

Thursday 23 February 2012


PENDAFTARAN BARU DIBUKA:Bengkel Penulisan Islami-Strategi Menulis Buku Umum & Popular, Artikel. 31 MAC 2012

22FEB
Bengkel Penulisan Islami-Strategi Menulis Buku Umum & Popular, Artikel. Oleh Ust Pahrol Mohamad Juoi.
Tarikh: 31 Mac 2012 sabtu

Senarai Peserta Terkini: 
Lokasi: Dewan Latihan Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
Yuran : RM120 sahaja.
Umur : 17 tahun keatas.
Tempat terhad : 30 Orang sahaja.
Masa: 9 am – 1 pm.
Senarai peserta:
  1. Pendaftaran dibuka sehingga 22 Mac 2012 atau 30 seat yang mana dahulu.
  2. Kepada pelajar IPT/IPTS yang berminat untuk menghadiri Bengkel ini, Bayaran untuk anda ialah RM90 sahaja. Sila sertakan No Pelajar, Nama/Alamat IPT/IPTS, Jurusan/Fakulti/Tahun.
  3. Salam pada pensyarah, anda boleh dapatkan Surat Kebenaran/ Surat Jaminan (GL) Majikan anda, dan bayaran dijelaskan oleh Majikan anda. Kakitangan kerajaan, boleh gunakan LO. Sila hubungi Pn Saadah 03-6141 3872. Jadikan Bengkel ini sebagai KPI tahunan anda.
Hubungi: 019-378 3100 Ahmad, 03-6150 3784.

IKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLAN

Wednesday 22 February 2012


Tahniah Kepada Karya Terpilih @ Edisi Ke-7

Assalamu’alaikum wbt,
SINERGI mengucapkan tahniah kepada semua penyumbang karya yang terpilih dimasukkan ke dalam SINERGI Edisi Ke-7 kali ini.  Semoga sumbangan saudara/saudari menjadi amalan jariah berbentuk ilmu yang dimanfaatkan. InsyaAllah. Antara karya terpilih pada Edisi Kali Ini :
  1. Artikel Pilihan : Akh Hafizul Hanis
  2. Madahpujangga : Akh Ahmad Izzhar
  3. Madahpujangga : Akh Faris Firdaus
  4. Karya Grafik : Akh Zulfarhan
  5. Karya Si Cilik : Adik Nur Firzanah Nabila
Nantikan hadiah dari SINERGI kepada semua karya yang terpilih. Teruskan sumbangan anda semua untuk bersama menyebarkan ilmu kebaikan. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang samada madahpujangga, komik islamik, grafik, artikel umum, cerpen islami, karya si cilik, etc..boleh terus menghantar ke synergymedia2010(at)gmail(dot)com..Sidang redaksi bersedia mengevaluasi karya dari anda.
Ayuh sebarkan kepada keluarga dan kawan untuk menyumbang karya mereka kepada SINERGI.

IKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANKLAN

Tuesday 21 February 2012




MUTIARA KATA

Merinduilah Masjid ,seumpama merindu akan kekasih,disitu engkau bakal terlihati punca ketenangan,yakinlah ini bukan suatu bicara kosong!

farisfirdaus@mujahid iman(^_^).
Kuala Lumpur.


IKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLANIKLAN

Monday 20 February 2012



MUHAMMAD S.A.W..

Sebelum lahirnya
Sudah ditinggal Ayah

Melangkah pula diusia kanak-kanak
Menyusul pula pemergian Ibu tercinta

Setelah itu ,tinggal pula dijaga
Oleh Sang datuk yang sudah uzur

Taqdir Rabb yang Maha  kuasa
Akhirnya sampai pula saat permergian datuknya

Kini ,tinggal pula  dijaga  oleh bapa saudara
Berjuang membina diri untuk menjadi insan

Akhirnya,setelah menempuh onak dan liku
Lahirlah dirinya sebagai insan junjungan yang dinantikan!

"Muhamad S.a.w.."

Rasul junjungan yang telah dinobatkan
Penghulu seluruh isi alam.

farisfirdaus@mujahid iman.

p/s:- Mahsa Universty College.
















iklan..iklan...iklan...iklan...iklan...iklan...iklan..iklan..iklan...iklan..iklan...iklan..iklan..iklan..iklan...iklan...iklan..









Kitab Keemasan!

Takkalaa ku menatap isinya
Qalbuku terasa seakan bergetar

Terlalu indah tiap ayat-ayatnya
Lebih puitis dari nukilan novel karanganku

Sejenak,membuatkan diri terasa kerdil
Ayat-ayatnya membuatkan hatiku jatuh Cinta

Ketika Cintaku mula bertasbih
Dalam penghayatan sebuah kitab keemasan!

farisfirdaus@mujahid iman.
kuala lumpur.

















Ayah!
Ummi!

Ana merindui kalian!

Tanpa kehadiran Kalian kini
Hati ini menjadi sepi

Terimbau kembali
Detik waktu kita bersama dulu

Terasa indahnya saat itu
Kasih sayang yang diberikan

Cukup bermakna pada hidup ana
Terlalu pantas waktu berlalu

Kini
Segalanya hanya tinggal kenangan

Tiada lagi masakan Ummi yang enak
Tiada lagi Jemaah bersama Ayah!

Ana merindui kalian berdua
kerana Allah.

Harapan ana yang masih disini
Semoga kalian berdua tenang disana.

amin.

farisfirdaus@mujahid iman.
kuala lumpur.

p/s:-Mahsa university college.


PELANGI CINTA FIRDAUSI

Dikaki awan sana
Terbias cantik juzuk pelangi
Indah saujana mata memandang
Bukti keagungan kurniaan ya Ilahi
Terasa damai menusuk kalbu
Indah nian  warna-warni yang berkilauan itu
Kembali membuatkan hatiku yang sedih
Mengukir senyum riang
Ketika Cinta sang pelangi hadir mengamit
Seindah Pelangi Cinta firdausi(^_^).

farisfirdaus@mujahid iman.
Kuala Lumpur.
P/s:-Mahsa University College.



Sunday 19 February 2012




Assalamualaikum..Sidang Siswa/Siswi,Saudara-saudara SeIslamku seluruh pentas alam ini. Syukur kehadrat Allah S.w.t.. diatas keizinan-Nya ,bersua kita lagi untuk kali ini dalam topik "Bicara Cinta".
  Tentu ramai diantara kita yang melibatkan diri dalam percintaan. Namun adakah penglibatan kita dalam mencari cinta itu sendiri adalah mengikut landasan yang betul?

Mungkin banyak orang yang bercinta,namun tidak banyak yang menjagai batas-batas yang telah digariskan dalam perhubungan diantara lelaki dan perempuan.

Tidak hairan,sehinggakan ada yang sanggup menjadi hamba kepada Cinta. Bila cinta itu sendiri telah membutakan hati untuk membezakan yang manakah baik dan yang manakah buruk.

Akhirnya Cinta itu sendiri telah menjerumuskan hati untuk melakukan apa saja. Asalkan Cinta yang sedang dinikmati itu dapat memberi sejuta kebahagiaan bagi seseorang yang sedang asyik dilamun alam percintaan yang indah itu.

Bayangkan. Bukan saja maruah yang hilang.Malah Tuhan yang Esa juga seakan dilupakan. Kerana terlalu sibuknya mengejar keasyikan Cinta yang telah membutakan hati dari melihat Kebesaran Tuhan yang Maha Tinggi.

Tidak dinafikan. Menginginkan Cinta itu adalah fitrah hidup semua insan. Namun,adakah wajar jika Cinta yang sepatutnya kita juruskan mengikut landasan yang betul,tetapi sebliknya pula telah kita nodai dengan kemaksiatan yang akhirnya akan mengundang kepada kemurkaan Allah S.w.t.

"Menurut kamus dewan ,maksiat adalah perbuatan yang melanggar perintah Allah dan juga perbuatan yang berdosa(keji)"

Cinta itu juga sangat luas skopnya. Tidak hanya tertumpu kepada lelaki dan perempuan sahaja.
Tetapi cinta itu terbahagi kepada banyak bentuk cinta.

Diantaranya,adalah:-

1- Cinta kepada Allah.

Cinta kepada Allah(Pencipta kita),tidak ada cinta yang lebih suci dari mencintai-Nya.

2- Cinta Kepada Rasul
Cinta kepada nabi kita Muhamad S.a.w,dengan mencintainya,mudah-mudahan kita akan memperolehi syafaatnya diakhirat kelak. Tanda kita mencintainya adalah dengan mengamalkan sunnahnya.

4-Cinta Al-Quran.
Jadikan Al-Quran itu sebagai kitab Cinta kita,sumber rujukan,pedoman ,renungan dan ibrah untuk kita selangkah mendekati-Nya.


4-Cinta kepada Ibu Dan Ayah.
Cintailah mereka dengan sepenuh kasih dan sayang.Kerana kehadiran mereka dalam hidup kita yang telah mendidik dan membesarkan kita untuk mengenali dunia.

5-Cinta Sahabat

Cintailah saudara-saudara seislam kita kerana Allah. Bersahabatlah dan carilah teman-teman yang mengingatkan kita kepada-Nya. Semoga Cinta dan kasih sayang ,jalinan ukhuwah itu membolehkan kita untuk mendapat naungan arash-Nya diakhirat kelak.

6-Cinta Alam/binatang.

Cinta ini dapat membuatkan hati kita tenang. Kerana dengan menghayati keagungan ciptaan2 Allah,dapat membuatkan kita terasa kerdil disisi-Nya.


Wallahualam.

farisfirdaus@mujahid  iman
kuala lumpur.



Puisi Cinta

Cinta itu buta
Bertambah  buta
Bila hati tidak lagi mengenali-Nya

Terus hanyut dibuai kealpaan
yang membutakan hati

Hilanglah segala-galanya
Kerana keasyikan cinta itu

Cinta yang sepatutnya suci
Kini telah dinodai

Apakah mereka masih belum mengerti
Hakikat Cinta itu bukan untuk dikotori

Cintailah kerana mengharap redha-Nya
Usahlah terperangkap dengan Cinta palsu

Cinta yang bukan datang dari pertunjuk
Tetapi Cinta yang menjadi dalang

Diantara dua musuh durjana
Kelicikan Iblis dan bisikan hawa nafsu.

farisfirdaus@mujahid iman
Kuala Lumpur.







Saturday 18 February 2012


assalamualaikum,teman2ku semua adakah kita cukup menghargai nikmat ukhuwah islamiyah yang telah dianugerahi oleh-Nya buat kita semua? Sama2lah kita merenung sejenak& menghayati lagu ini,tentang ukhuwah.



Teman..

Adakah kita menghargai
Anugerah yang telah diberinya

Adakah kita benar-benar
Mensyukuri nikmat persaudaraan ini

Sedarlah kita
Tiada ikatan yang seindah jalinan ukhuwah ini

Kita telah ditemukan oleh-Nya
untuk hidup dalam suatu perhubungan suci

Berkasih sayang tiada lain
Hanyalah kerna mengharapkan Redha-Nya.

Hargailah pemberian-Nya ini
Dengan sebaik-baiknya..

farisfirdaus@mujahid iman.
kuala lumpur.



assalamualaikum..

saudara2ku,sama2lah kita merehatkan minda kita semua dengan mengambil ibrah dari video pilihan kali ini.
tentang"Muhasabah hati"untuk kita tatapi bersama,insyaAllah(^_^).

TENTANG HATI

YaAllah
Mengapa dengan hatiku ini?

Apakah sebenarnya
Yang aku inginkan dalam hidup ini?

Keindahan duniawi
Ataukah kedamaian ukhurawi ?

Saban waktu
hatiku tiada henti

Didatangi oleh dalang penghasut
yang senantiasa mencetuskan fenomena

Hasutan dan bisikan dari anasir watak hitam
Terus menerjah diminda Sereblumku

Apakah aku ingin kehdupanku ini
Diakhir kesudahannya terus kejahiliyahan?

Lindungilah hatiku ini
Wahai Zat yang Maha Memberi Pertunjuk!

Amin.


farisfirdaus@mujahid iman.
kuala lumpur.





CINTA MASJID 1

Di titian musafir cinta dan rinduku
Hati yang merindu
dan kesepian itu
Ku terbiyah ia
Dengan jalan mencari cinta
Cinta kepada masjid
Cinta yang sebegitu
Cubaku sematkan
Tertanam kukuh didasar hatiku
Agar aku tidak melalui jalan yang khilaf
Tetapi, menurut  Imanku
Jalan menuju rumah-Nya itu
Adalah sesuatu yang kufikirkan terbaik
Terbaik apabila mata hatiku saujana
Dapat melihat tabir cinta-Nya
Ketika aku hadir lagi diatas sejadah cintaku
ketika Mihrab-Nya kembali menjemputku lagi(^_^).
farisfirdaus@mujahid iman.
kuala lumpur.


PELANGI CINTA FIRDAUSI

mengenali seseorang itu kadang kala membuat kita ketawa,mengenali seseorang itu juga kadang kala membuatkan kita mengalirkan airmata,sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa,marah sedih,gembira ,sayang dan rindu..

  namun ,mengenali seseorang itu sebenarnya anugerah dari  Allah S.w.t untuk kita syukuri.. Biarpun hadirnya  hanya untuk seketika dan meninggalkan luka ,bersyukurlah dengan kehadirannya ,kerana dengan  kehadirannya itulah kita dapat  belajar sebuah erti kasih sayang(^_^).

Seelok-eloknya,alangkah indahnya jika perjalanan kasih dan sayang yang kita pelajari itu adalah disandarkan hanyalah kerana-Nya.
kerna,hanya itulah sebaik-baik kasih sayang yang diberkati Allah S.w.t didunia dan akhirat.insyaAllah,amin.

SALAM UKHUWAH KEPADA SAUDARA2KU,UMMAT ISLAM SELURUHNYA!

farisfirdaus@mujahid iman.
kuala lumpur(^_^).