Tuesday, 2 October 2012



Program Wacana Ilmu Islam di bawah anjuran Festival Konvokesyen Universiti Malaya FESKUM ‘12 merupakan satu program tahunan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i kepada isu semasa dari perspektif Islam.

Ia turut membantu menjawab permasalahan dalam kalangan mahasiswa/i berkenaan beberapa isu yang acapkali membelenggu minda. Program ini memberi manfaat kepada para mahasiswa/i dalam menyelami ilmu agama dengan menilai cinta menurut perspektif Islam. Wacana ini juga berbentuk lebi
h santai bual bicara dan soal jawab antara panel dan mahasiswa/i.

Cadangan tajuk bagi program Wacana Ilmu Islam ini ialah Istikharah Cinta. Manakala cadangan ahli panel ialah Puan Fatimah Syarha Mohd Noordin, penulis buku terkenal, ‘Cinta High Class’. Saudara Wan Najdi bin Wan Mohd Noh, bekas peserta program Imam Muda dan Ahmad Fedtri Yahya pengacara TV. Penonton terdiri daripada muslimin dan muslimat walau bagaimanapun bukan muslim amat dialu-alukan dalam menjayakan program ini.


No comments:

Post a Comment