Thursday, 22 March 2012

AQSA MISSION FORUM
yuran pendaftaran: Rm3
Makanan, Cenderamata dan sira DISEDIAKAN!!!!
Tarikh : 26/3/2012 (Isnin)
Masa :8 pm-11:30 pm
Tempat: Dewan Seminar (PKP baru)
Moderator & Ahli Panel:

Moderator :
1. Ahmad Mustaqim Bin Zolkafali
Mahasiswa Universiti Utara Malaysia yang kini bergiat aktif menjadi emcee dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh universiti. Mahasiswa dalam bidang pengurusan pelancongan ini mempunyai minat yang mendalam dalam isu-isu global, terutamanya isu-isu kemanusiaan. Bercita-cita untuk menjadi aktivis pembebasan Palestin pada suatu masa nanti.

BARISAN PANEL:
1. En. Abdul Wahab Bin Yahya
En. Abdul wahab merupakan pengerusi Aqsa Syarif Berhad negeri Kedah. Aqsa Syarif Berhad merupakan sebuah badan NGO yang telah bergiat aktif dalam menjayakan misi-misi kemanusian di Palestin.
Pernah terpilih menyertai VP5 (Viva Palestine) iaitu konvoi kemanusiaan mengenai isu Palestin. Konvoi tersebut bermula di Kota London dan berakhir di Gaza yang memakan masa 42 hari perjalanan, ianya melalui Eropah , Syria, Turki dan akhirnya ke Gaza.
Pernah menghadiri konvensyen ASPAC (Asia Pacific Convention for Palestine) di Jakarta selama 4 hari.

2. Mohammad Hafis Shafiq Bin Mohammad Sopian.
Merupakan Yang Dipertua Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia. Mahasiswa jurusan Sains Kaunseling ini mempunyai minat yang mendalam terhadap isu kemaslahatan ummah. Sebelum ini program-program yang dijalankan lebih terarah kepada strategi dakwah kepada non-Muslim dan saudara-saudara baru. Dan kini melihat pada demensi lain yang lebih global itu isu kemanusiaan Palestin.

3 En. Hisyam Madi
Anak kelahiran Gaza, palestin, kini sedang mengambil Phd di UUM. Keluarga dan saudara mara beliau masih menetap di Gaza.

PENAMPILAN KHAS:

4. En. Ashwad Ismail
Pembaca berita dan wartawan di saluran televisyen Astro Awani. En. Ashwad pernah menyertai pelayaran kapal Mavi Marmara menuju ke Gaza demi menyalurkan bantuan kemanusiaan. Bagaimanapun misi kemanusian tersebut terhenti di tengah perlayaran akibat di serang oleh tentera Israel.

Pendaftaran boleh di buat di kaunter2 yg di buka, di ruang legar perpustakaan dan Bangunan COLGIS!!!!

Anjuran : KELAB PERKIM UUM !!!

1 comment:

  1. Alhamdulilah,malam yg penuh barakah itu ana d beri peluang untuk mendeklamasikan sebuah sajak sempena AQSO MISSION"

    ReplyDelete